Zolkples Ramal Malaysia Raih Tangga Kelima Sukan Sea Myanmar

Diterbitkan: Selasa, 6 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong membayangkan kontinjen negara akan berada di tempat kelima terbaik pada temasya Sukan SEA Myanmar pada Disember depan.

Beliau berkata pencapaian pada peringkat itu boleh dianggap sebagai yang terbaik buat negara.

Sandaran itu adalah realistik, katanya memandangkan Malaysia telah kehilangan hampir 30 pingat emas sebelum bermulanya sukan dwitahunan itu, yang dijadulkan berlangsung dari 11 hingga 22 Dis.

"Kita kehilangan banyak lubuk emas di Myanmar apabila beberapa acara Sukan Olimpik yang dipertandingkan di Sukan SEA Indonesia 2011 telah digugurkan oleh pihak tuan rumah yang sebaliknya menyenaraikan sukan baharu yang memihak kepada mereka," katanya.

Zolkples berkata di atas kertas, Malaysia kehilangan 10 pingat emas dari acara basikal trek dan masing-masing lima pingat emas dari acara tenpin boling, renang berirama dan luncur air.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini Sukan SEA edisi ini ibarat sukan 'koboi' apabila negara penganjur tidak mempertandingkan acara Sukan Olimpik walaupun sukan SEA merupakan temasya terpenting bagi negara-negara di rantau Asia Tenggara ini," katanya.

Untuk rekod, Malaysia berjaya menduduki tangga keempat kutipan pingat keseluruhan pada Sukan SEA Indonesia 2011 setelah mengumpul 59 pingat emas, 50 pingat perak dan 81 pingat gangsa daripada 1,807 pingat yang ditawarkan.

Dalam Sukan SEA Myanmar, Malaysia akan mengambil bahagian dalam acara renang, olahraga, memanah, badminton, bola keranjang, biliard dan snuker, tinju, berkanu, berbasikal, ekuestrian, bola sepak termasuk futsal, golf, hoki dan judo.

Selain itu, karate, mendayung, sepak takraw termasuk chinlone, pelayaran, menembak, ping pong, taekwondo, bola tampar, wushu, bina badan, catur, muay, pencak silat, angkat berat dan petanque. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan