BTFC Rancang Perluas Seminar Seni Bela Diri Hapkido

Diterbitkan: Selasa, 6 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah kelab taekwando swasta, Bangsar Taekwondo and Fitness Centre (BTFC), merancang memperluas seminar seni bela diri Korea, Kuk Sool Won Hapkido, yang menyerupai sukan taekwando.

Pengarah Teknikal BTFC Kevin Woon Tai Loke berkata seminar itu bertujuan menyebar kepentingan seni bela diri berkenaan, yang turut memberi manfaat kepada masyarakat umum apabila berdepan situasi cemas seperti dirompak.

"Kita merancang untuk mengadakan satu seminar khusus bagi memperkenal seni bela diri ini kepada masyarakat umum di Zon Utara, Selatan dan Timur pada tahun depan," katanya kepada Bernama selepas seminar seni bela diri itu berakbhir di Dewan Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 1 & 2 di sini, Isnin.

Seminar sehari itu disertai 108 peserta dari Johor dan Lembah Klang, yang dikendali Pengerusi Persatuan Bi-Yeon Hapkido Korea Mahaguru Yoon Sang Go serta tiga anaknya iaitu Yoon Jin Hyeon, Yoon Soon Hyeon dan Yoon Sun Yoong.

Mengulas lanjut, Woon yang merupakan bekas pengadil taekwando pada Sukan Olimpik Athens 2004 di Greece, berkata walaupun sukan itu memiliki teknik yang hampir serupa dengan taekwando, ia bermatlamat untuk melindungi daripada diancam musuh.

"Berbanding sukan taekwando yang lebih banyak memberikan tumpuan kepada menyerang musuh, seni bela diri ini sebaliknya bertujuan mempertahankan diri daripada diancam musuh.

"Selain itu, ia juga memberikan fokus kepada pergerakan tangan berbanding sukan taekwando yang menekankan penggunaan kaki ketika berhadapan musuh," katanya.

Sementara itu, beberapa peserta menyifatkan seminar berkenaan medan terbaik bagi mereka mempertingkat kefahaman diri berkaitan kepentingan mempelajari seni bela diri.

Pelajar Universiti Putra Malaysia Mohamed Hassan, 18, yang turut menganggotai BTFC, berkata beliau terlibat dalam seni mempertahankan diri sejak empat tahun lepas.

"Saya suka belajar berkaitan seni mempertahankan diri ini yang saya fikir lebih relaks dan menarik selain tidak begitu bahaya berbanding yang lain seperti karate dan sebagainya," kata pelajar bidang kejuruteraan awam ini yang berasal dari Lubnan.

Berkongsi nada yang sama ialah pelajar tingkatan empat SMK Bangsar, Mohamad Afiq Hazwan, 16 yang menyifatkan seminar itu memberi manfaat berguna kepada beliau berkaitan kepentingan seni bela diri terutama ketika berdepan detik cemas.

"Apa yang menarik berkaitan seni bela diri ini, ia sangat fleksibel dan mudah dipelajari," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan