Ziyad Hasrat Pecah Rekod Dunia

Diterbitkan: Ahad, 4 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan meraih pingat emas pada kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) di Lyon, Perancis, bulan lepas dijadikan pembakar semangat untuk mencabar rekod dunia sukan lontar peluru kategori F20 lelaki.

Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, 23, berkata beliau kini lebih bersemangat untuk berlatih bagi mengatasi rekod dunia yang kini dipegang Todd Hodgetts dari Australia dengan lontaran 16.29 meter pada Temasya Sukan Olimpik London 2012.

"Semasa di Lyon beberapa kali lontaran saya dibatalkan disebabkan oleh masalah tertentu namun ianya tidak mematahkan semangat saya untuk memperbaiki rekod peribadi dan akhirnya saya berjaya menewaskan peserta lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan penghargaan sebanyak RM5,000 daripada Persatuan Olahraga Para Malaysia (POPM) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.

Sumbangan penghargaan tersebut disampaikan oleh Penaung MPM Tun Jeanne Abdullah dan Presiden POPM Datuk Zainal Abu Zarin.

Anak kelahiran Gombak, Selangor itu berkata catatan peribadi terbaiknya ketika latihan sekarang adalah diantara 15.7 dan 15.8 meter dan beliau berazam untuk mengatasi rekod dunia yang dipegang oleh Todd pada apa-apa kejohanan yang akan datang.

"Selain daripada peserta negara Eropah saya juga perlu bersedia untuk menghadapi atlet paralimpik China pada temasya Sukan Para Asia di Incheon, Korea Selatan nanti kerana mereka sudah pasti mempunyai 'senjata sulit' dan hanya mengeluarkan atlet paralimpik terbaik mereka di Incheon nanti.

"Bagi menghadapi cabaran tersebut saya akan berlatih secara bersungguh-sungguh bermula sekarang agar tidak jauh ketinggalan,"katanya.

Pemenang pingat gangsa, Sukan Paralimpik London 2012 itu berkata kejohanan terdekat yang bakal disertainya adalah Sukan Para Asean di Naypyidaw Myanmar hujung tahun ini.

"Saya harap mampu melakukan yang terbaik di sana nanti," katanya.

Sementara itu, Zainal yang juga Presiden MPM menyifatkan kejayaan yang dicapai oleh Muhammad Ziyad bukan hanya kejayaan untuk negara malah dikongsi bersama oleh seluruh atlet paralimpik negara.

"Kita telah bersepakat untuk memilih Muhammad Ziyad sebagai ikon kepada Sukan Para Remaja Asia Malaysia yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 26 hingga 30 Oktober nanti.

"Diharap sebagai ikon Muhammad Ziyad dapat memberi lebih semangat kepada atlet paralimpik kita berusaha untuk memburu pingat nanti," katanya.

Jeanne pula menasihatkan Muhammad Ziyad agar menjaga kesihatan diri dan bersikap rendah diri dalam mengejar cita-cita sebagai atlet paralimpik.

"Saya harap selepas ini lebih ramai lagi atlet paralimpik akan turut sama mengharumkan nama negara dan orang ramai akan lebih menghargai atlet kelainan upaya," katanya.

Muhammad Ziyad meraih pingat emas acara lontar peluru kategori F20 lelaki pada Kejohanan Olaharaga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) setelah berjaya melakukan lontaran sejauh 15.32 meter untuk pingat emas dan menewaskan Jeffery Ige dari Sweden dan Todd Hodgetts dari Australia yang masing-masing meraih pingat perak dan pingat gangsa. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: IPC , Lyon , Perancis , Muhammad Ziyad Zolkefli

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan