PTAM Buat Pusingan 'U' Mengenai Isu Farkhan

Diterbitkan: Sabtu, 3 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM)membuat pusingan 'U' dengan berdalih tidak mempunyai maksud untuk menyekat peluang petinju kebangsaan Muhamad Farkhan Mohd Haron ke temasya Sukan SEA Myanmar 2013 dari 11 hingga 22 Disember ini.

Setiausaha Kerhormatnya, Mohamed Jani Ismail berkata petinju berasal dari Johor itu masih berada dalam program Sukan SEA 2013 Majlis Sukan Negara (MSN) cuma nama Muhamad Farkhan tidak disertakan dalam senarai awal enam petinju ke Myanmar.

"Peluang Muhamad Farkhan untuk beraksi ke Sukan SEA masih terbuka dan kita tidak bermaksud untuk menyekat beliau ke Myanmar," katanya.

Pada Khamis, PTAM membuat keputusan untuk menggugurkan Muhamad Farkhan dari senarai atlet ke Sukan SEA 2013 dengan alasan pemenang pingat emas SEA edisi Laos 2009 itu tidak bersedia.

Sebaliknya, badan induk sukan tinju negara itu menyenaraikan nama petinju dari Sabah Rudy Petrus bagi kategori 75kg bersama lima petinju lain ke Sukan SEA 2013.

Mohamed Jani menjelaskan bahawa senarai enam petinju yang diserahkan kepada MSN hanyalah senarai awal dan mana-mana petinju termasuk Muhamad Farkhan masih mempunyai peluang sekiranya mereka mempamerkan prestasi cemerlang pada Kejohanan Tinju Piala Malaysia 2013 di Sabah dari 6 hingga 12 Okt ini.

"Muhamad Farkhan masih mempunyai satu peluang terakhir untuk mencari tiket kelayakan ke Myanmar pada kejohanan itu nanti walaupun beliau terlepas dua atau tiga kejohanan sebelum ini.

Sebelum ini Muhamad Farkhan mendakwa beliau menarik diri daripada skuad kebangsaan sejak bulan lepas kerana kurangnya kemajuan dan perancangan PTAMmenghadapi temasya Sukan SEA Myanmar.

Petinju itu juga mempersoal kewajaran persatuan menghantarnya ke Kejohanan Asia di Jordan baru-baru ini sedangkan beliau hanya berkesempatan berlatih selama empat minggu sahaja.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan