Legasi Chua Jadi Pendorong Kepada Pemain Muda -KM Melaka

Diterbitkan: Sabtu, 3 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Idris Haron (kanan) melawat  mendiang Boon Huat di rumahnya di Semabok di sini,Jumaat. Turut kelihatan Datuk Yunus Husin yang juga Presiden Hoki Melaka (kiri).
Idris Haron (kanan) melawat mendiang Boon Huat di rumahnya di Semabok di sini,Jumaat. Turut kelihatan Datuk Yunus Husin yang juga Presiden Hoki Melaka (kiri).

MELAKA: Bakti dan legasi yang ditinggalkan oleh mendiang Chua Boon Huat akan menjadi pendorong kepada lebih ramai pemain hoki muda di negeri ini memburu cita-cita menjadi pemain bertaraf antarabangsa.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron berkata anak jati negeri ini merupakan sumber inspirasi kepada setiap pemain muda yang ingin berjaya dalam sukan itu.

"Mendiang merupakan lagenda yang meninggalkan legasi hebat dengan 340 penampilan antarabangsa untuk negara, ini sesuatu yang sukar ditandingi apatah lagi mencari pengganti bagi menyaingi pencapaian mendiang.

"Namun saya percaya ramai anak muda kita ingin menyaingi pencapaian itu dan menjadi seperti mendiang.

"Sebagai anak Melaka, mendiang telah banyak berjasa kepada negeri dan negara menjadikan Malaysia kuasa hoki yang dihormati rakan dan lawan di seluruh dunia.

"Seluruh rakyat Melaka amat bersedih atas pemergian mendiang," katanya pada sidang media di Semabok di sini, Jumaat.

Terdahulu, beliau melawat mendiang dan mengucapkan takziah kepada keluarganya di Taman Semabok Perdana di sini serta menyampaikan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM2,000.

Turut hadir Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia Datuk Nur Azmi Ahmad dan Presiden Persatuan Hoki Melaka Datuk Md Yunos Husin.

Chua, 33, terbunuh dalam nahas jalan raya melibatkan kereta Proton Perdana yang dipandunya dengan sebuah lori di Kilometer 10.4, Lebuh Raya Damansara-Puchong dekat Stesen LRT Kelana Jaya, awal pagi Khamis.

Idris berkata bagi memperingati mendiang, kerajaan negeri akan berbincang dengan Jabatan Pelajaran Negeri untuk menamakan padang hoki atau bilik sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka, yang juga bekas sekolah mendiang, dengan nama Chua Boon Huat.

"Cara ini diharap dapat memastikan legasi mendiang diingati dan menjadi inspirasi kepada anak muda kita di Melaka.

"Saya harap keluarga mendiang bersabar dengan ketentuan ini dan saya bersama anggota pentadbiran kerajaan negeri megucapkan takziah kepada anggota keluarga mendiang," katanya.

Mayat mendiang akan di semadikan, Isnin ini.- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Chua Boon Huat , Datuk Idris Haron

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan