Terkejut, Sedih Kehilangan Besar Buat Negara - Tengku Abdullah

Diterbitkan: Jumaat, 2 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tengku Abdullah bersama Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (kiri) hadir menziarahi mendiang pemain hoki negara, Chua Boon Huat rumah mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, Khamis. Foto: BERNAMA
Tengku Abdullah bersama Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (kiri) hadir menziarahi mendiang pemain hoki negara, Chua Boon Huat rumah mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, Khamis. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengakui amat terkejut dengan berita kemalangan maut yang melibatkan pemain negara Chua Boon Huat awal pagi Khamis.

Tengku Abdullah berkata, baginda baharu sahaja berjumpa dengan mendiang pada satu penyerahan insentif kepada skuad hoki negara pada Rabu malam.

"Berita yang amat mengejutkan yang tidak diduga dan tak sangka baharu semalam saya berjumpa dengan dia dan hari ini (Khamis) malang berlaku.

"Diharap keluarga mendiang Chua bersabar.

"Mendiang merupakan salah seorang pemain yang menjadi nadi utama kepada skuad negara yang berpengalaman, bersemangat dan ada kesungguhan.

"Saya juga dimaklumkan sebulan ini, mendiang telah berusaha dengan penuh giat dalam sesi latihan bagi persiapan Piala Asia bulan ini.

"Saya sendiri berasa bangga dapat tengok kecergasan dan tidak dinafikan ia merupakan satu kehilangan besar buat negara," jelasnya kepada media di Pusat Perubatan Universiti Malaysa (PPUM), Khamis.

Pun begitu, Tengku Abdullah megakui ia juga satu kehilangan kepada rakan-rakan sepasukan.

"Saya yakin pemain-pemain lain juga sedih mengenai berita ini. Namun dalam masa sama saya harap mereka terus perjuangkan pada aksi Piala Asia ini bagi mengingati mendiang.

"Saya harap ia tidak menjejaskan persiapan skuad. Dan saya akui, saya sedih dengan kehilangan ini," jelas baginda.

Sementara itu, ketua jurulatih hoki negara, Paul Revington ternyata begitu sedih dengan kejadian yang menimpa anak buahnya itu.

"Saya berasa bangga setiap kali melihatnya di bilik persalinan selepas kembali ke skuad.

"Dia merupakan seorang pemain yang bagus dan menunjukkan preatsi yang luar biasa.

"Saya tahu dia sayangkan rakan-rakan sepasukan dan sudah tentu saya sendiri akan merinduinya," jelas Revington dalam keadaan sebak.

Mayat mendiang di bawa ke kampung halamannya di Semabok sebelum di kebumikan pada Isnin ini.

Boon Huat,33, merupakan anak bongsu daripada empat orang adik berasal dari Bukit Cina, Melaka merupakan antara pemain hoki paling lama bermain untuk skuad kebangsaan.

Mendiang mula beraksi untuk pasukan negara sejak berusia 17 tahun pada 1998.

Selepas 10 tahun beraksi untuk negara sehingga 2008, Boon Huat berehat selama empat tahun menyarung jersi negara, dan hanya aktif bermain untuk kelab.

Namun selepas Rebington mengambil alih skuad negara pada tahun 2012, Boon Huat kembali menyerikan sukan hoki negara.

Sepanjang kariernya, pemain pertahanan, penyerang serta tengah ini pernah membantu negara meraih pingat gangsa pada Sukan Asia (2002), perak dan gangsa pada Sukan Komanwel (1998,2006) serta Piala Asia 2007 dengan meraih gangsa.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan