Belanjawan Sukan SEA 2017 Dijangka RM116 Juta - M.Saravanan

Diterbitkan: Selasa, 30 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kertas cadangan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) supaya Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 akan dibawa kepada kabinet bulan depan untuk kelulusan kerajaan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS) Datuk M. Saravanan berkata kertas cadangan itu turut memuatkan aspek belanjawan temasya itu yang dijangka menelan belanja RM116 juta.

"Mengikut giliran, Malaysia sepatutnya menjadi tuan rumah pada 2019 tetapi oleh kerana Brunei belum bersedia menjadi tuan rumah dan hanya akan melakukannya pada 2019, maka Malaysia ditawarkan untuk melaksanakannya," katanya menjawab soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara di sini, Selasa.

Baharudin bertanya tentang peruntukan menjadi tuan rumah Sukan Sea 2017 dan persediaan kerajaan dan kementerian dari segi persiapan atlet dan insfrastruktur bagi memastikan Malaysia muncul penganjur terbaik dan juara keseluruhan.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata kelulusan penganjuran itu bergantung kepada faktor kewangan kerajaan, prestasi atlet dan insfrastruktur bagi memastikan acara itu berjalan lancar.

"Dari segi prestasi atlet, kita akan memastikannya dengan mempertandingkan senarai sukan yang memberi kelebihan dan milikan atlet terbaik negara seperti boling padang, berbasikal, karate, silat, skuasy dan tenpin boling.

"Kita juga mahu memastikan temasya ini menjadi medan penyediaan atlet kita dan negara Asean lain untuk menghadapi Sukan Asia dan Sukan Komanwel," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA 2017 , MOM , Malaysia

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan