Pemain Nombor 2 Dunia Stacy Lewis Sah Tanding Pada Kejohanan Sime Darby LPGA Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 27 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Stacy Lewis
Stacy Lewis

KUALA LUMPUR: Pemain nombor dua dunia Stacy Lewis berpeluang menamatkan dominasi pemain Korea Selatan apabila mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia 2013, Oktober ini.

Peminat golf tempatan kini dapat menyaksikan kelibat pemain Amerika Syarikat itu bersama juara bertahan, Park Inbee, selaku pemain nombor satu dunia, pada kejohanan yang menawarkan hadiah US$2 juta (RM6.41 juta).

Inbee, merupakan pemain Korea Selatan ketiga berturut-turut menjuarai LPGA Malaysia sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 2010. Jimin Kang memenangi edisi sulung sebelum Choi Na-Yeon mengulanginya pada 2011.

Lewis, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur di sini hari ini, berkata beliau melakukan permulaan baik dalam siri jelajah di Asia tahun ini dan tidak sabar untuk bersaing di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di sini dari 10 hingga 13 Oktober ini.

"Ia adalah satu kejohanan hebat di salah satu lapangan terbaik di Asia. Persaingan pada kejohanan ini sentiasa sengit tetapi saya akan mendekati dengan cara sama seperti di semua kejohanan dan akan melakukan yang terbaik untuk menjuarainya," katanya.

Penganjur, Sime Darby Berhad, dalam kenyataan sama, berkata selain Lewis, pemain utama lain dalam senarai ranking dunia yang mengesahkan penyertaan ialah bekas juara 2011, Na-Yeon, yang menduduki ranking keempat dunia, Paula Creamer (11) dari Amerika Syarikat, Ai Miyazato (15) dari Jepun, dan Beatriz Recari (18) dari Sepanyol.

Kejohanan itu merangkumi 62 pemain dari Jelajah LPGA (Persatuan Golf Profesional Wanita) dan 10 pemain jemputan penaja termasuk empat pemain daripada pusingan kelayakan tempatan dan serantau. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan