Pandelela-Mun Yee Raih Gangsa Dalam Kejohanan Dunia

Diterbitkan: Selasa, 23 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mun Yee (kiri) dan Pandelela bersama dengan pingat gangsa yang dimenangi di Kejohanan Dunia FINA ke-15 di Barcelona, Sepanyol. Foto AFP
Mun Yee (kiri) dan Pandelela bersama dengan pingat gangsa yang dimenangi di Kejohanan Dunia FINA ke-15 di Barcelona, Sepanyol. Foto AFP

KUALA LUMPUR: Jaguh acara terjun Malaysia, Pandelela Rinong Pamg dan Leong Mun Yee meraih pingat gangsa dalam acara platform 10m segerak wanita di Kejohanan Dunia FINA ke-15 di Barcelona, Sepanyol, pada Isnin.

Dalam acara final yang berlangsung di Montjuic Municipal Pool pada 5.30 petang waktu tempatan (12.30 tengah malam waktu Malaysia), gandingan itu mengumpul 331.14 mata untuk memenangi gangsa.

Pasangan China, Chen Ruolin dan Liu Huixia, seperti dijangka, memenangi pingat emas setelah mengumpul 356.28 mata manakala pingat perak menjadi milik gandingan Kanada, Roseline Filion dan Meaghan Benfeito dengan jumlah 331.41 mata.

Pandelela dan Mun Yee menyumbang kepada Malaysia pingat sulung mereka dalam kejohanan dunia dengan meraih gangsa dalam acara sama pada edisi 2009 di Rome, Itali.

Bagaimanapun, pada edisi 2011 di Shanghai, China, Pandelela dan Mun Yee berkesudahan di tempat keenam. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan