KBS Lancar Ikrar Integriti Sukan Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 23 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Selasa, melancarkan Ikrar Integriti Sukan Malaysia selaras dengan usaha mempromosi integriti dalam kalangan penggiat sukan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata ikrar yang akan diguna pakai semua penggiat sukan di setiap peringkat sebagai satu 'aku janji' itu digubal bersama kementerian dan Institut Integriti Malaysia (IIM).

Justeru, bagi memperkukuh elemen integriti dalam sukan, KBS melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama IIM di Menara KBS di sini.

"Langkah ini diambil untuk meningkatkan lagi prestasi dan mutu sukan negara melalui pelaksanaan integriti dalam sukan selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan ahli sukan dan penggiat sukan yang bukan sahaja berkebolehan malah berintegriti," kata Khairy ketika berucap pada majlis itu.

Beliau berkata kerjasama dengan IIM itu bertujuan membentuk program pembangunan integriti, kajian, latihan dan usaha lain yang dapat memperkukuh elemen integriti dalam sukan.

Justeru, katanya setiap penganjuran sukan akan sentiasa dijalankan dengan semangat kesukanan tulin melalui pertandingan yang bersih tanpa elemen rasuah. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KBS , Khairy Jamaluddin , IIM

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan