Ujian Saringan Setiap Atlet Bermula Di Sukma Perlis Tahun Depan - Khairy

Diterbitkan: Khamis, 18 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA BESUT: Kementerian Belia dan Sukan akan meminta Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) mengemukakan kertas kerja dan protokol mewajibkan atlet Sukan Malaysia (Sukma) menjalani ujian saringan secara rambang bermula dengan temasya di Perlis tahun depan.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata Adamas akan diminta menjalankan ujian pernafasan untuk mengesan kandungan alkohol dalam badan serta doping secara rambang ke atas atlet.

"Saya rasa kita sudah sedia untuk melaksanakannya pada Sukma Perlis nanti dan Sukma seterusnya. Setakat ini tahap disiplin (atlet) dan keselamatan agak membimbangkan dan kita akan mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkannya daripada berulang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui berkonvoi motosikal bersama hampir 100 Pemuda BN melawat rumah-rumah pengundi muda dan beramah mesra di Kampung Seberang Barat di sini.

Khairy berkata ujian secara rambang itu bagi memastikan insiden dakwaan rogol yang berlaku semasa Sukma 2013 di Perkampungan Sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM), yang dikaitkan dengan pengambilan minuman alkohol oleh atlet, tidak berulang. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sukma Perlis , Adamas , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan