Beri Kerjasama Kepada Revington - Tengku Abdullah

Diterbitkan: Khamis, 18 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta semua pihak memberi kerjasama kepada Paul Revington membimbing pasukan negara layak beraksi pada saingan Piala Dunia 2014 di Belanda.

Tengku Abdullah berkata sudah tiba masanya, semua pihak melupakan pertikaian lepas sebaliknya memberi tumpuan kepada kempen Piala Asia 2013 di Ipoh, Perak bulan depan, yang menawarkan tiket ke Piala Dunia 2014.

"Revington telah menyatakan kesudian untuk terus membimbing skuad hoki kebangsaan dan beliau sanggup melupakan masalah lepas kerana yakin dengan kemampuan skuad hoki kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Jawatakuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelapan,pada Rabu.

Tengku Abdullah yang juga Timbalan Presiden FAM, berkata pemain hoki kebangsaan juga lega berikutan kesudian jurulatih kelahiran Afrika Selatan itu untuk terus bersama skuad hoki negara.

"Kita kini kesuntukan masa dan khidmat Revington amat diperlukan bagi menentukan nasib pasukan negara pada saingan Piala Asia nanti," katanya

Sebelum ini, Revington mencetuskan tanda tanya apabila mengambil tindakan menghantar surat perletakan jawatan dua minggu sebelum Kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Johor Baharu, akhir bulan lepas.

Beliau membuat keputusaan tersebut kerana mendakwa wujud campur tangan dalam mengendalikan skuad kebangsaan terutamanya daripada jurulatih skuad remaja kebangsaan, K. Dharmaraj dan Pengarah Pembangunan Hoki 1MAS, Lim Chiow Chuan.

Namun pengendali berusia 39 tahun itu menarik balik keputusannya apabila beberapa pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memujuknya untuk kembali membimbing skuad negara sehingga berakhir saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia, pada 7 Julai lepas.

Pada Selasa, teka-teki masa depan Revington terjawab apabila beliau menyatakan persetujuan untuk terus membimbing skuad hoki kebangsaan sehingga kontraknya tamat pada 2014.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan