Revington Akui Tempoh Detik Sukar

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), mengumumkan Paul Revington akan kekal sebagai jurulatih kebangsaan sehingga 2014, jurulatih dari Afrika Selatan itu mengakui mahu lebih fokus kepada persiapan Piala Asia 2013.

Revington yang sebelum ini memilih untuk melepaskan jawatan sebagai jurulatih mengakui melalui detik sukar sepanjang berada di sini sejak Disember tahun lalu sehingga Jun.

"Saya akui ada krisis tetapi semuanya sudah selesai ketika aksi Liga Hoki Dunia bulan lalu.

"Saya tidak mahu panjangkan cerita dan sekarang mahu memberi fokus kepada pasukan untuk persiapan ke Piala Asia bulan depan,"jelasnya ketika mengadakan sidang media khas mengenai keputusan untuk bersama skuad kebangsaan pada Rabu.

Pergolakan jurulatih dari Afrika Selatan itu timbul selepas mendakwa wujud campur tangan daripada jurulatih skuad remaja negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah dan Pengarah Pembangunan Hoki 1MAS, Lim Chiow Chuan.

Dalam pada itu, Revington berkata, pasukannya akan mula menjalani latihan penuh bermula Isnin ini.

"Sepatutnya mereka akan bermain dengan pasukan China sebagai perlawanan pemanas badan atau persahabatan dalam tempoh terdekat ini.

"Namun memandang pemain-pemain baharu sahaja tamat bermain pada aksi liga dunia minggu lalu, mereka perlu berehat secukupnya sebelum kembali berlatih," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: MHC , Paul Revington , Piala Asia 2013

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan