Universiade Ke-27: Skuad Harimau Muda A Tewas Kepada Kanada

Diterbitkan: Selasa, 16 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAZAN,(Rusia): Skuad Harimau Muda A menutup tirai perlawanan temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade ke-27) dengan menduduki tempat kelapan selepas disingkirkan Kanada, dengan kekalahan 1-3.

Pada perlawanan penentuan klasifikasi ketujuh dan lapan di Stadium Trudovye Rezervy menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan seimbang, namun percubaan skuad Harimau Muda menerusi sepakan kapten pasukan Mohd Irfan Fazail di depan pintu gol pada minit ke-13 gagal, disempurnakan.

Skuad Harimau Muda terus mengasak permainan dengan membuka jaringan pertama oleh D.Saarvindran di dalam kotak penalti pada minit ke-27.

Bagaimanapun Kanada menyamakan kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti oleh Marco Thomas Visintin pada minit ke-39 selepas pemain negara Reuben mengasari pemain lawan.

Tiga minit awal babak kedua perlawanan bermula menyaksikan Kanada menambah gol kedua menerusi jaringan pemain Matthew Medoruma selepas menewaskan penjaga gol negara Mohd Farhan Abu Bakar.

Bagaimanapun percubaan Saiful Ridzuwan Selamat untuk menyamakan kedudukan gagal apabila sepakannya tersasar keluar daripada pintu gol lawan pada minit ke-72.

Kemudian pemain lawan Mario Kovacevic memberikan kedudukan selesa buat Kanada dengan jaringan ketiga pada minit ke-82.

Secara keseluruhan prestasi skuad bola sepak universiti negara menunjukkan peningkatan apabila menghuni tempat kelapan daripada 15 pasukan yang mengambil bahagian sekali gus memperbaiki kedudukan edisi Universiade 2011 di Shenzen.

Pada Universiade 2011, Malaysia menduduki tempat ke-12 daripada penyertaan 16 pasukan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan