Trio 25m Rapid Pistol Terlepas Pingat Gangsa

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAZAN, (Russia): Trio skuad menembak negara gagal membidik pingat apabila menduduki tempat keempat dalam acara final 25m Rapid Fire Pistol di Sukan Universiti Dunia ke-27 (Universiade 2013) di Kompleks Lapang Sasar Sviyaga di sini Isnin.

Malaysia yang diwakili oleh Mohd Ridhuan Mohamed, Hafiz Adzha dan Tack Fai Liew terpaksa berpuas hati dengan catatan 1,638 mata.

Pingat emas dimenangi oleh trio tuan rumah, Russia, Aleksandr Alifirenko/ Dmitry Brayko/Leonid Ekimov dengan jumlah bidikan 1,734 mata diikuti pingat perak trio Korea Selatan Jun Hong Kim/Daeyoong Kim/Yonghoo Choi dengan 1,721 mata.

Pingat gangsa menjadi milik Boris Artaud/Clement Bessaguet/Thomas Delacourt dari Perancis dengan catatan 1,701 mata. "Terkilan juga sebab hampir meraih pingat gangsa. Ini pertama kali kami beraksi di kejohanan yang mempunyai standard yang tinggi. "Prestasi hari ini kurang memberangsangkan mungkin disebabkan cuaca dan angin, jadi kami yang pertama kali beraksi di negara Eropah ini tidak dapat lagi menyesuaikan diri dengan keadaan di sini," kata Mohd Ridhuan kepada pemberita.

Sementara itu bagi acara 50m Rifle Prone berpasukan lelaki yang diwakili oleh Hisyam Adzha/Mohd Nurahimin Abd Halim/Mohamad Lutfi Othman terpaksa berpuas hati dengan tempat keenam daripada 14 pasukan dengan catatan 1826.6 mata.

Pingat emas dimenangi oleh pasukan dari China yang diwakili oleh Hongwei Kang/Yifei Cao/Xing Lan dengan 1854.3 mata, pingat perak diraih pasukan Poland menerusi Tomasz Bartnik/Pawel Pietruk/Bartosz Jasiecki dengan 1853.8 mata.

Pingat gangsa menjadi milik trio tuan rumah, Russia menerusi Sergey Kamenskiy/Nazar Luginets/Kirill Grigorian dengan 1852.0 mata.

Di kolam renang, Aquatic Palace, yang menutup tirainya hari ini menyaksikan atlet renang negara pulang dengan tangan kosong dalam semua acara.

Bagi acara terakhir, Leung Chii Lin bagi acara 50m kuak dada wanita dan Chui Lai Kwan (50m gaya bebas wanita wanita) tersingkir pada saringan awal.

Bagaimanapun Leung dan dan Chui membuat catatan musim terbaik, masing-masing dengan catatan 35.91 saat dan 26.23s. Turut tersingkir ialah Daniel Bego bagi acara 50m gaya bebas lelaki dengan catatan masa 23.90s.

Pengurus pasukan renang, Mohd Rodzuan Yahya berkata secara keseluruhan atlet renang negara mempamerkan aksi cemerlang apabila memperbaharui rekod peribadi masing-masing meskipun gagal membawa pulang pingat.

"Saingan di sini sengit kerana standard yang tinggi. Walaupun tidak dapat menyumbang pingat tetapi atlet renang memperbaiki prestasi masing-masing dengan mencipta catatan musim terbaik di sini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan