Persiapan Hadapi Kejohanan Hoki Lelaki Piala Asia Perlu Diutamakan - Khairy

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Biarpun pelbagai isu menimpa arena hoki negara sebelum ini, persiapan untuk menghadapi Kejohanan Hoki Lelaki Piala Asia 2013 di Ipoh, Perak dari 24 Ogos hingga 1 Sept depan perlu diberi keutamaan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

"Tumpuan kita kini ialah Kejohanan Hoki Lelaki Piala Asia kerana kita kena melayakkan diri ke Piala Dunia," kata Khairy ketika ditemui Bernama selepas sidang akhbar mengenai Pameran Kerjaya Pemuda Barisan Nasional di Menara Dato' Onn di sini, Isnin.

Kejohanan Hoki Lelaki Piala Asia menjadi medan kepada pasukan yang bertanding untuk melayakkan diri ke Kejohanan Hoki Piala Dunia di The Hague, Belanda pada 31 Mei hingga 15 Jun, 2014.

Menurut Khairy, sekiranya jurulatih kebangsaan Paul Revington kekal dengan keputusannya untuk meletakkan jawatan, persediaan untuk menghadapi Kejohanan Hoki Lelaki Piala Asia perlu diteruskan.

Untuk rekod, dua minggu sebelum bermula separuh akhir Kejohanan Liga Hoki Dunia di Johor Baharu yang bermula 29 Jun lepas, skuad kebangsaan menerima tamparan hebat apabila Revington mengumumkan peletakan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada 15 Jun lepas.

Bagaimanapun, selepas pertemuan dengan Khairy pada 17 Jun, Revington menarik balik sementara keputusan peletakan jawatannya dan membimbing skuad hoki kebangsaan sehingga tamat Kejohanan Liga Hoki Dunia.

"Saya berharap MHC (Konfederasi Hoki Malaysia) akan bersiap sedia untuk itu (Kejohanan Hoki Lelaki Piala Asia). Saya difahamkan setakat ini beliau (Revington) tidak akan sambung kontraknya. Kalau Paul Revington kekal dengan keputusan beliau, tidak ada apa-apa lagi yang dapat kita lakukan.

"Kita juga sudah minta Arul (Arul Selvaraj) untuk mengambil alih tugas beliau. Arul lebih kenal pemain-pemain dan cara bagaimana Revington melatih mereka," katanya.

Pada Kejohanan Hoki Lelaki Piala Asia, Malaysia diletakkan bersama-sama Pakistan, Jepun dan China dalam Kumpulan A, sementara Kumpulan B pula terdiri daripada penyandang juara, Korea Selatan, India, Oman dan Bangladesh.

Kedudukan terbaik skuad hoki negara dalam kejohanan berkenaan ialah tempat ketiga di Chennai, India pada 2007 selepas mengalahkan Jepun, 5-3.

Pada edisi 2009 yang berlangsung di Kuantan, Pahang, skuad negara menamatkan kempen mereka di tempat keempat selepas kalah kepada China melalui penentuan penalti 6-7 selepas terikat 3-3. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan