Pasukan Ragbi Negara Tewas Kepada Britain & Belgium Di Peringkat Kumpulan

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAZAN, (Russia): Pasukan ragbi universiti negara mempamerkan aksi longlai selepas tewas kepada Great Britain dan Belgium pada peringkat Kumpulan B kejohanan Universiti Dunia (Universiade) ke-27 yang membuka tirainya di Stadium Tulpar di sini, Ahad.

Dalam perlawanan 7-Sebelah itu, skuad negara dibelasah 5-59 ketika menentang juara bertahan Great Britain pada perlawanan pertama mereka.

Great Britain memulakan asakan awal apabila Redden Cordy melakukan 'try' pada minit awal permainan sebelum Dorian Luc Jones menyempurnakan 'conversion' untuk mendahului 7-0.

Dua minit kemudian, Edward Danteni Nason Mama dan Tomos Luke Treharne menambah mata buat pasukan lawan, masing- masing menerusi try dan conversion yang sekaligus memberi kedudukan selesa 14-0 kepada Great Britain.

Great Britain terus mengganas untuk menamat babak pertama 42-0.

Babak kedua menyaksikan Great Britain menambah 17 mata untuk mendahului 59-0. Skuad negara meraih lima mata menerusi try yang dilakukan Mohamad Shubli Mohamad di minit terakhir perlawanan.

Turut tersenarai dalam Kumpulan B ialah Georgia dan Belgium.

Dalam perlawanan kedua menentang Belgium, skuad negara turut dikecewakan 0-38.

Dengan dua kekalahan tersebut, pasukan negara gagal ke suku akhir.

Pasukan negara seterusnya akan menentang Georgia bagi melengkapkan saingan kumpulan di venue yang sama esok. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan