Aaliyah Lonjak Ranking Ke-59 Dunia

Diterbitkan: Khamis, 11 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peluncur cilik Aaliyah Yoong Hanifah sekali lagi memperbaiki kedudukan ranking dunia dalam kategori 'Tricks' wanita selepas mencapai catatan peribadi terbaik semasa mengikuti latihan dan pertandingan selama dua minggu di Itali dan Austria baru-baru ini.

Atlet sensasi negara berusia sembilan tahun itu melonjak 11 anak tangga ke kedudukan ke-59 dalam ranking dunia Persekutuan Luncur Air & Wakeboard Antarabangsa (IWWF).

Beliau turut memperbaiki kedudukan ranking dunia bagi kategori 'Tricks' wanita bawah 17 tahun dengan menduduki tangga ke-16.

Aaliyah memperbaiki ranking dunia tersebut selepas mengatasi catatan mata terbaik 4,740 mata dengan catatan terbaru 5,050 mata di Kejohanan Antarabangsa San Gervasio di Itali pada 28 Jun dan mengulangi catatan sama di Piala Antarabangsa WWUT Fischlham di Australia, 6 Julai lepas.

Jurulatih yang juga bapa Aaliyah, Hanifah Yoong, yang kagum dengan ketabahan dan tumpuan anaknya dalam mencapai keputusan tersebut, berkata ia adalah prestasi yang luar biasa.

"Ia tidak semudah bagi seorang budak kecil seperti Aaliyah untuk bersaing dalam kategori terbuka wanita dalam persekitaran asing yang baharu.

"Keadaan air sejuk ditambah dengan perubahan keadaan angin serta menggunakan bot-bot yang berbeza...benar-benar menyukarkannya," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Hanifah berkata Aaliyah telah menarik perhatian media Eropah yang melaporkan persembahannya sebagai inspirasi memandangkan beliau menjadi pesaing paling muda dan cilik pada kedua-dua kejohanan itu.

Aaliyah, pelajar Sekolah Antarabangsa Nexus di sini, yang bakal menyambut hari jadi ke-10 pada 16 Julai ini, akan mempertahankan gelaran bawah 17 tahun pada Kejohanan Waterski Asia di Indonesia dari 25 hingga 29 September ini.

Beliau juga akan cuba merangkul gelaran acara terbuka 'Tricks' wanita Asia buat pertama kali selepas menduduki tempat ketiga pada Kejohanan Asia 2011 dan 2012.

Selepas Kejohanan Asia, Aaliyah akan mengakhiri musim 2013 dengan menimba pengalaman pada Kejohanan Dunia IWWF di Santiage, Chile, November ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan