Muhd Ashraf-Cheak Yang Sekat Penguasaan Selangor

Diterbitkan: Ahad, 7 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas tujuh tahun menyertai Sukan Malaysia (Sukma), Muhd Ashraf Haiqal akhirnya menghadiahkan pingat emas buat negeri kelahirannya, Kedah, dalam acara ping pong beregu lelaki.

"Walaupun saya seorang atlet kebangsaan, saya tidak pernah memenangi emas buat Kedah sejak saya mula menyertai Sukma pada 2006 di Kedah. Ketika itu saya berumur 12 tahun. "Saya rasa latihan selama ini berbaloi apabila dapat merasai sendiri pingat di Sukma," kata pemain itu yang kini berusia 19 tahun.

Pada perlawanan akhir di Gimnasium 2 Majlis Sukan Negara di sini, Muhd Ashraf yang bergandingan dengan Lim Cheak Yang menewaskan beregu Wilayah Persekutuan, Foh Zheng Liu dan Goh Nai Ngee dengan 11-8, 12-10 dan 11-4.

Pingat gangsa menjadi milik gandingan Chan Chee Yang dan Eric Chung Yuan Rong dari Sabah serta gandingan Selangor, Foo Dunley dan Chen Kien Ee.

Menurut Muhd Ashraf, mereka terpaksa mengharungi saingan sukar pada pusingan separuh akhir apabila bertemu beregu pilihan dari Selangor, Foo Dunley dan Chen Kien Ee yang berkesudahan dengan kemenangan 3-0 (11-9, 11-6, 12-10).

"Masa bertemu Selangor kami tahu peluang kami 50-50 kerana saya bertemu dengan Dunley yang juga rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan. Namun selepas menewaskan mereka, barulah kami rasa lebih yakin untuk beraksi dengan lebih baik di perlawanan akhir," katanya.

Kejayaan Muhd Ashraf dan Cheak Yang juga adalah kejayaan pingat emas pertama Kedah dalam sukan ping pong, sekali gus memecahkan dominasi Selangor selepas kontinjen itu gagal menuai pingat emas sejak edisi 2008 di Terengganu.

Sementara itu, dalam kategori beregu wanita, gandingan Selangor, Lee Rou You dan Chua Wan Zhen menepati ramalan apabila menewaskan beregu Ong Ting Fei dan Ho Syhui dari Perak dengan 11-9, 11-3 dan 11-5.

Pingat gangsa menjadi milik Tang An Qi dan Teoh Ke Shuang dari Pulau Pinang dan Lim Yi Wen dan Lau Xin Yi dari Kedah.

Pada hari terakhir Sukma 2013 esok, acara ping pong menawarkan dua lagi pingat emas untuk kategori perseorangan lelaki dan wanita. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan