Danniel Iskandar, Esmelda Arecia Dinobat Olahragawan, Olahragawati Sukma 2013

Diterbitkan: Ahad, 7 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Danniel Iskandar (kiri) dan Esmelda Arecia menunjukkan trofi dan piala yang mereka peroleh pada Majlis Penutup Sukma Ke-16 di Stadium Mini Majlis Sukan Negara Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Ahad. Foto BERNAMA
Danniel Iskandar (kiri) dan Esmelda Arecia menunjukkan trofi dan piala yang mereka peroleh pada Majlis Penutup Sukma Ke-16 di Stadium Mini Majlis Sukan Negara Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Ahad. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 Kuala Lumpur dikuasai atlet gimnastik artistik dengan Danniel Iskandar Richard yang mewakili Selangor dinamakan Olahragawan dan atlet Sarawak Esmelda Arecia Menti Alfred Geling sebagai Olahragawati.

Danniel Iskandar, 19, meraih tiga pingat emas menerusi acara individu lelaki, berpasukan lelaki dan kekuda berpelana lelaki serta dua pingat perak daripada acara melombol dan palang tunggal.

Atlet elit dari skuad gimnastik kebangsaan itu berkata tidak terlintas di fikirannya untuk meraih penghormatan tersebut kerana ramai atlet yang hebat turut beraksi pada Sukma kali ini.

"Saya juga rasa bangga kerana dapat membantu kontinjen Selangor menjadi juara keseluruhan pada tahun ini dan ianya bukan satu perkara mudah bagi saya kerana terpaksa bekerja keras untuk meraih tiga pingat emas dan dua pingat perak," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Atlet yang berasal dari Shah Alam, Selangor itu berkata kejayaan berkenaan cukup bermakna buat dirinya kerana ini adalah penyertaan terakhirnya dalam Sukma.

"Kejayaan hari ini bukan milik saya seorang sebaliknya menjadi milik bersama ibu bapa, rakan-rakan serta penyokong kontinjen Selangor yang telah banyak memberi semangat serta dorongan kepada saya selama ini," katanya.

Danniel Iskandar berkata, tumpuannya selepas ini ialah untuk terus berlatih secara gigih sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan SEA Singapura pada 2015.

Pencapaian terbaik Danniel Iskandar sebelum ini ialah memenangi dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa pada Sukma ke-15 edisi Pahang 2012.

Sementara itu, Esmelda Arecia, 13, merangkul dua pingat emas daripada acara melombol dan batang titian selain meraih dua pingat perak (acara berpasukan wanita, palang bertingkat) dan satu gangsa daripada acara individu wanita.

Atlet dari Kuching, Sarawak itu berkata beliau berpuas hati dengan kejayaan tersebut dan berharap mampu mengekalkan kecemerlangan pada Sukma berikutnya.

"Saya mahu terus gigih berlatih," kata gadis berturunan Iban itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan