Malaysia Intai Tempat Kelimat Selepas Singkir Pakistan 3-1

Diterbitkan: Sabtu, 6 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Malaysia bertindak cemerlang untuk mengaibkan pasukan gergasi Asia, Pakistan 3-1 pada perlawanan menentukan kedudukan pusingan separuh akhir Kejohanan Liga Hoki Dunia di sini, Sabtu.

Kejayaan mengatasi pasukan ranking kelima dunia itu membolehkan Malaysia merebut kedudukan tempat kelima dengan menentang Jepun esok.

Sebelum ini, Jepun mengalahkan Afrika Selatan 1-0 menerusi pukulan penalti setelah terikat 2-2 selepas masa tambahan dalam saingan tempat kelima hingga kelapan.

Malaysia di bawah bimbingan Paul Revington itu ternyata melupakan kekecewaan kalah 6-0 kepada Jerman pada suku akhir, untuk bangkit mengatur gerakan kemas.

Pasukan negara membuka tirai jaringan pada minit ke-14 menerusi percubaan sudut penalti Muhammad Razie Abd Rahim.

Bagaimanapun, kedudukan pendahulu hanya bertahan dua minit apabila Pakistan menyamakan kedudukan menerusi Shafqat Rasool.

Malaysia, yang menduduki ranking ke-13 dunia, kembali mengasak dan berjaya mendapat hadiah gol sendiri dari Pakistan apabila pukulan deras oleh Faizal Shaari tertampan kaki penjaga gol Imran Shah lalu masuk ke gawang gol pada minit ke-19.

Pada babak kedua, Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil mengesahkan kedudukan Malaysia dengan jaringan minit ke-38.

Sebelum ini, pada perlawanan pembukaan peringkat Kumpulan B, Malaysia dan Pakistan seri 4-4.

Pada minit ke 52, skuad negara terkejut seketika apabila ketua pasukan Mohd Shahrun Nabil Abdullah terkena pukulan bola di kepala hasil pukulan deras dari pasukan lawan.

Ia menyebabkan pemain tersebut rebah di padang dan terpaksa diusung keluar oleh pasukan perubatan untuk menerima rawatan sebelum kembali semula untuk meneruskan aksi.

Sementara itu, Revington ternyata berpuashati dengan corak persembahan anak buahnya dan berharap kemenangan itu mampu meningkatkan semangat dan keyakinan diri pemain untuk mengalahkan Jepun.

- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan