Kerja-Kerja Siap Venue Sukma Perlis 2014 Sudah Capai 60 Peratus - Exco Sukan

Diterbitkan: Sabtu, 6 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perlis, selaku tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 tahun depan, sedang giat melaksanakan projek pembinaan dan menaiktaraf venue pertandingan, kata Exco Belia dan Sukan Negeri, Abdul Jamil Saad.

Beliau berkata setakat ini kerja-kerja membina venue baharu untuk acara skuasy, badminton dan lapang sasar menembak dan menaiktaraf venue sedia ada sudah 60 peratus siap.

"Kerajaan Persekutuan telah memberi peruntukan berjumlah RM135 juta untuk tujuan membina infrastruktur dan penyediaan peralatan sukan," katanya pada sidang media di Pusat Media Utama Sukma 2013, Bukit Jalil di sini, Sabtu.

Mengenai pembatalan pembinaan velodrom mini di Perlis, Abdul Jamil berkata pihaknya bincang dengan Majlis Sukan Negara untuk mengenalpasti tempat yang sesuai mengadakan acara berbasikal trek.

Beliau berkata Sukma Perlis 2014 dari 24 Mei hingga 4 Jun tahun depan akan menyenaraikan 24 jenis sukan.

"Walaupun tarikh Sukma Perlis bertembung dengan tarikh bola sepak Piala Dunia, kami yakin temasya Sukma akan tetap berjalan lancar, sama seperti yang berlaku pada Sukma Melaka dulu," katanya.

Kejohanan bola sepak Piala Dunia di Brazil akan berlangsung dari 12 Jun hingga 13 Julai, 2014. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan