Kelantan Kempunan Pingat Emas Bola Baling

Diterbitkan: Sabtu, 6 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad Kelantan kecundang dalam misi memburu pingat emas acara bola baling lelaki apabila kalah tipis 24-23 kepada Perak pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini Sabtu.

Kelantan sekali lagi terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas kalah kepada Terengganu pada final edisi pertama pada 2011.

Jurulatih Perak, Phuah Lai Hock berkata mereka terpaksa bekerja keras untuk meraih pingat emas sulung selepas tersingkir di peringkat suku akhir pada 2011. "Biarpun nampak sukar selepas ketinggalan tujuh gol, saya telah menukar strategi dengan memasukkan pemain-pemain yang mempunyai kepantasan berlari dan hasilnya berbaloi walaupun menang tipis," katanya.

Meskipun ketinggalan 8-15 pada separuh masa pertama, skuad Perak, yang turut dibarisi lima pemain kebangsaan bawah-21 tahun, bangkit untuk memberi saingan hebat kepada Kelantan.

Sementara itu, Terengganu meraih gangsa selepas mengalahkan Johor, 25-18.

Dalam saingan akhir kategori wanita pula, skuad Terengganu menumpaskan Negeri Sembilan 12-10 untuk merangkul emas manakala pingat gangsa milik Melaka selepas mengalahkan Perak 13-9. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan