Kontinjen Negara Puas Hati Dengan Kemudahan Di Universiade 2013 - Sukan Ekstra | mStar

Kontinjen Negara Puas Hati Dengan Kemudahan Di Universiade 2013

Diterbitkan: Jumaat, 5 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAZAN (Russia): Malaysia berpuashati dengan kemudahan yang disediakan oleh penganjur Sukan Universiti Dunia ke-27 (Universiade 2013) meskipun terdapat masalah teknikal pada saat-sat akhir temasya itu.

Timbalan Ketua Kontinjen negara, Prof Dr Kamal Nasharuddin Mustapha berkata setiap sesi latihan atlet negara berjalan lancar.

"Kejohanan kali ini merupakan temasya terbesar dan saya berterima kasih kepada penganjur yang menyediakan kemudahan yang lengkap buat atlet dan pegawai di sini.

"Sehingga kini, kita tidak menerima apa-apa rungutan daripada atlet mahupun pegawai di sini," katanya kepada pemberita ketika meluangkan masa beramah mesra bersama media Malaysia di sini pada Jumaat.

Seramai 11,500 atlet daripada 163 buah negara menyertai temasya dwitahunan kali ini dan Perkampungan Sukan terletak di Bandaraya Privolzhsky, Kazan.

Temasya tersebut turut disertai kira-kira 20,000 sukarelawan bagi membantu atlet dan pegawai serta media di sini.

Kontinjen negara mula mendaftar penyertaan masing-masing sejak minggu lepas bagaimanapun terpaksa menghadapi beberapa masalah terutamanya kegagalan pendaftaran beberapa atlet dan jurulatih bagi beberapa sukan termasuk bola sepak, lawan pedang dan olahraga.

Kontinjen negara diwakili 114 atlet dan 65 pegawai ke temasya itu.

Mengulas sasaran pingat pada edisi kali ini, Kamal berkata kontinjen negara tetap optimis skuad hoki mampu membawa pulang pingat emas pertama buat kontinjen negara sekali gus menamatkan kemarau kilauan emas.

"Sasaran utama kita ialah memperbaiki pencapaian edisi 2011 di Shenzen, China iaitu satu pingat perak dan dua pingat gangsa.

"Kita juga mahu atlet kebangsaan yang menyertai temasya kali ini menggunakan platform di sini untuk memperbaiki rekod peribadi terbaik mereka," katanya.

Selain hoki, prospek pingat turut menjadi sandaran bagi acara menembak dan juga terjun.-BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan