Sukma: Sarawak Raih Emas Pertama Menerusi Gimnastik Artistik

Diterbitkan: Khamis, 4 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sarawak meraih dua pingat emas menerusi acara gimnastik artistik, yang menutup tirainya pada hari ketujuh temasya Sukan Malaysia ke-16 (Sukma) di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara (MSN)di sini Rabu.

Kedua-dua pingat itu dimenangi oleh atlet harapan Sarawak, Esmelda Arecia Menti Alfred Geling, 13, dalam acara melombol dengan 13.363 mata dan batang titian dengan pungutan 12.825 mata.

"Saya berasa gembira kerana berjaya menyumbang dua emas kepada Sarawak dan pada masa sama, saya juga lebih berkeyakinan dan berani untuk beraksi pada saingan peringkat akhir," katanya kepada pemberita selepas upacara penyerahan pingat oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.

Esmelda, yang menceburi sukan gimnastik sejak tujuh tahun lepas, memasang impian untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan tetapi disebabkan usia mudanya, beliau dinasihatkan oleh jurulatihnya, Bogomil Momchilov untuk melupakan hasrat itu buat sementara waktu.

"Perancangan saya selepas ini adalah untuk meneruskan sesi latihan di Kuching," katanya yang merupakan pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengan Kebangsaan Batu Lintang, Kuching, Sarawak.

Pencapaiannya pada kejohanan kali ini yang berjaya mengumpul dua pingat emas, tiga butir perak dan satu pingat gangsa mengatasi rekod pada temasya edisi lepas iaitu dengan hanya memperoleh satu pingat emas, dua pingat perak dan dua butir gangsa.

Esmelda berkata, beliau pada awalnya hanya meletakkan satu sasaran pingat emas sahaja dalam acara melombol.

Bagi acara melombol, pingat perak dan gangsa milik kontinjen Melaka masing-masing melalui Tan Ing Yueh dengan pungutan 13.263 mata dan Tracie Ang dengan 12.950 mata.

Dalam acara batang titian pula, pingat perak milik kontinjen Melaka melalui Tracie Ang dengan pungutan 12.500 mata seterusnya gangsa diraih oleh Nur Eli Ellina Azmi dari Selangor dengan pungutan 12.225 mata.

Selangor muncul juara keseluruhan bagi acara gimnastik artistik dengan mengumpul 11 pingat emas, tujuh butir perak dan lapan gangsa manakala pemegang pingat kedua tertinggi ialah Sabah dengan pungutan enam pingat emas dan tiga perak. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan