Kejohanan Gasing Pangkah Terbuka NS Bermula Jumaat ini

Diterbitkan: Rabu, 3 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Kejohanan Gasing Pangkah Terbuka Negeri Sembilan 2013 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKNNS) akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini selama tiga hari mulai Jumaat ini.

Pengarah JKKNNS Mohd Radzi Omar berkata selain pasukan dari Malaysia, kejohanan ini juga mendapat sambutan penyertaan dari Singapura, Brunei dan Indonesia.

"Lapan pasukan negeri yang menyertai kejohanan ini ialah Melaka, Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Pahang dan tuan rumah Negeri Sembilan," katanya pada Rabu.

Katanya kejohanan ini adalah sebagai satu usaha ke arah memartabatkan kesenian ini kepada masyarakat umum selain dapat memulihara, membangun dan mengembangkan permainan gasing agar ia tidak pupus ditelan zaman.

Katanya hanya dua kategori yang dipertandingkan pada kejohanan ini iaitu kategori dewasa dan kategori remaja.

Kejohanan edisi ketiga ini menawarkan hadiah hadiah wang tunai berjumlah RM9,400.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan