Olahraga: Malaysia Hantar Sembilan Atlet Ke India

Diterbitkan: Khamis, 27 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Sembilan atlet termasuk dua wanita akan menggalas cabaran negara pada Kejohanan Olahraga Asia ke-20 di Pune, India, mulai 3 hingga 7 Julai ini.

Atlet lelaki berkenaan ialah Kwong Kar Jun, 18 dan Aron Anchols, 20, dalam acara 200m, Wan Sofian Rayzam Shah, 35 (110m lari berpagar), Lee Hup Wei, 26, A. Kavee Alagan, 21 dan S.Navinraj, 20, kesemua dalam acara lompat tinggi serta Iskandar Alwi, 19, dalam acara lompat bergalah.

Dua wanita tersebut ialah Zaidatul Husniah Zulkifli, 20, dalam acara 100m dan S. Komalam Shally, 25, dalam acara 200m.

Menurut kenyataan Persatuan Olahraga Asia (AAA) pada Khamis, sejumlah 580 atlet dari 43 negara telah mengesahkan penyertaan.

India menjadi tuan rumah kejohanan itu buat julung kali sejak 1989.

Kejohanan tersebut dianjurkan bersama oleh kerajaan Maharashtra dan Persekutuan Olahraga India.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan