Sukma 2013: Imbuhan Untuk Atlet Kedah Raih Pingat - Mukhriz

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINTOK: Imbuhan menanti atlet Kedah yang berjaya meraih pingat tanpa mengira warna pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 di Kuala Lumpur dari 28 Jun hingga 7 Julai ini.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata bagi acara individu imbuhan RM3,000 untuk pingat emas, RM2,000 (pingat perak) dan RM1,000 (pingat gangsa) manakala bagi atlet berpasukan imbuhan tersebut akan ditentukan kemudian.

Selain ganjaran kewangan, katanya Universiti Utara Malaysia (UUM) juga menawarkan peluang kepada atlet Kedah melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam usaha menjadikan setiap atlet berpendidikan sekali gus menjamin masa depan mereka selepas bersara.

"Kita tak mahu atlet sukan terlibat terabai begitu sahaja selepas mereka bersara," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bendera negeri kepada Kontinjen Kedah ke Sukma ke-16 di UUM pada Sabtu.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan-badan Bukan Kerajaan negeri Aminuddin Omar yang juga Ketua Kontinjen Sukma.

Mukhriz berkata Kedah menyasarkan sekurang-kurangnya lapan pingat emas pada temasya itu dan antara sukan mampu menyumbang pingat emas adalah futsal lelaki, bola tampar wanita, ping pong, muay thai, ragbi, bola baling wanita dan silambam.

"Kita bersikap realistik dengan melihat prestasi sebelum ini dan melihat tahap persediaan dan kesihatan atlet kita. Lapan emas sebagai minimum dan saya mahu mereka pulang lebih dari lapan emas.

"Kita mahu atlet lakukan bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk harumkan nama negeri ini serta memartabatkan sukan Kedah di peringkat lebih tinggi," katanya.

Kedah akan menghantar 145 atlet lelaki dan 97 wanita yang akan menyertai 16 jenis sukan daripada 20 sukan yang dipertandingkan pada Sukma di Kuala Lumpur kali ini.

Pada Sukma ke-15 di Pahang, Kedah memperoleh 23 pingat emas, 19 perak dan 23 gangsa untuk berada di tempat ketujuh keseluruhan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan