Shahidan Kassim Dipilih Tokoh Asus 2012

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dipilih sebagai tokoh Anugerah Sukan Untuk Semua (Asus) 2012 yang diadakan di sini, malam Jumaat.

Beliau bagaimanapun tidak hadir pada majlis itu dan wakilnya menerima wang tunai RM20,000, trofi dan plak penghargaan yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Shahidan yang juga bekas Menteri Besar Perlis menerima tokoh Asus 2012 atas keperibadiannya yang proaktif dalam memegang portfolio sebagai presiden 13 Badan Bukan Kerajaan (NGO) persatuan sukan di peringkat kebangsaan dan negeri.

Kesungguhan beliau yang menjaga kebajikan atlet membuktikan kecenderungan dan minat beliau dalam memperkasakan dunia sukan ke tahap terbaik.

Antara pencapaian Shahidan ialah kejayaan Persatuan Renang Amatur Malaysia semasa di bawah naungan beliau, berjaya membawa pulang pingat gangsa melalui penerjun negara, Pandalela Rinong dalam temasya Sukan Olimpik London 2012.

Turut diumumkan sebagai pemenang Asus 2012 ialah Naib Presiden II Persatuan Pelayaran Malaysia (Kedah) Datuk Mansor Ismail bagi kategori Pemimpin Lelaki, Presiden Persatuan Kecergasan dan Senamrobik Kebangsaan Makwan Bee Majid bagi kategori Pemimpin Wanita, Tuah Johari Atan bagi kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) Pemimpin, Naseh Moksan bagi kategori Penggerak dan Sukarelawan, Looi Hoong Thoong bagi kategori Keluarga Aktif dan Kelab Silat Gayung Pusat Latihan Kajang Utama bagi kategori Persatuan Sukan.

Asus merupakan satu pengiktirafan kerajaan kepada individu dan organisasi yang telah berjasa serta memberikan sumbangan cemerlang dalam pembangunan Sukan Untuk Semua (SUS) yang dahulunya dikenali sebagai 'Sukan Massa'.

Terdahulu dalam ucapannya, Khairy berkata SUS merupakan antara usaha utama kerajaan bagi melahirkan warga yang bukan sahaja sihat secara fizikal tetapi membantu mengeratkan hubungan dan memupuk perpaduan antara kaum melalui aktiviti sukan.

Katanya SUS perlu dijadikan satu program berorientasikan keberhasilan serta menyumbang kepada hubungan perpaduan kaum yang lebih erat di negara ini. "Kementerian ingin menukar negara ini daripada hanya menjadi negara yang minat atau menyokong sukan kepada negara yang bersukan. Kita nak budayakan sukan di kalangan rakyat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan