Norhizzat, Muhammad Firhan Isi Dua Slot Terakhir Skuad Hoki Ke Liga Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pemain penyerang, Norhizzat Sumantri dan Muhammad Firhan Ashaari mengisi dua slot terakhir dalam skuad 18 pemain yang akan menggalas cabaran negara pada Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Johor Baharu mulai 29 Jun sehingga 7 Julai ini.

Pemilihan dua pemain berkenaan diumumkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, pada Jumaat.

Ia sekali gus mengenepikan tujuh lagi pemain yang berhasrat merebut dua slot terakhir dalam skuad hoki kebangsaan bimbingan Paul Revington.

Tujuh pemain berkenaan ialah Ahmad Kazamirul Nasruddin, Azreen Rizal Nasir, Jivan Mohan, Meor Muhamad Azuan Hassan, Muhamad Amin Rahim, Muhamad Azammi Adabi dan Muhamad Ramadan Rosli.

Jurulatih dari Afrika Selatan itu, sebelum ini hanya menyenaraikan 16 pemain sahaja pada 14 Jun lepas. Skuad hoki negara bakal mengadakan dua perlawanan persahabatan sebelum menghadapi kejohanan berkenaan iaitu menentang Argentina pada 25 Jun dan Jerman, sehari kemudian dengan kedua-dua perlawanan akan diadakan di Johor Baharu.

Selain Malaysia, selaku tuan rumah, tujuh lagi pasukan terbaik dunia akan berentap pada liga tersebut iaitu pasukan yang kini berada pada ranking pertama, Jerman, Korea Selatan, Pakistan, Jepun, England, Argentina dan Afrika Selatan.

Lapan lagi pasukan sedang menyertai satu lagi pusingan separuh akhir Liga Dunia di Rotterdam, Belanda, sehingga 23 Jun ini. Mereka ialah India, Ireland, New Zealand, Australia, Belgium, Sepanyol dan Perancis dan tuan rumah Belanda.

Empat pasukan terbaik di Johor Baharu dan tiga di Rotterdam akan mara ke pusingan akhir dengan enam pasukan teratas layak ke Piala Dunia 2014.

Piala Dunia 2014 akan disertai 12 pasukan iaitu tuan rumah Belanda, lima juara benua Afrika, Amerika, Asia, Eropah dan Oceania serta enam pasukan dari pusingan Liga Dunia.

Senarai 18 pemain ke Liga Hoki Dunia: S. Kumar, Roslan Jamaluddin, Azlan Misron, Baljit Singh Charun Singh, Chua Boon Huat, Faiz Helmi Jali, Faizal Saari, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin, Mohamad Sukri Abdul Mutalib, Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin, Mohd Fitri Saari, Mohd Shahrun Nabil Abdullah, Muhammad Marhan Abdul Jalil, Muhammad Razie Abdul Rahim, Nabil Fiqri Mohd Noor, Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil, Norhizzat Sumantri, Muhammad Firhan Ashaari. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan