Jerebu: ISN Larang Atlet Jalani Latihan Jika IPU Melebihi Paras 100

Diterbitkan: Jumaat, 21 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet tidak dibenarkan menjalani latihan di kawasan terbuka apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan bacaan melepasi tahap 100 iaitu kategori kualiti udara tidak sihat.

Menurut Institut Sukan Negara (ISN), atlet juga ditegah menjalani latihan sekiranya terhadap tanda-tanda seperti sesak nafas dan rasa mengantuk.

Atlet dan jurulatih diminta untuk mengelakkan daripada mengadakan latihan berintensiti tinggi terutama pada waktu tengah hari atau petang apabila tahap pencemaran adalah paling tinggi.

Perkara tersebut adalah antara beberapa panduan yang digariskan oleh IS Nuntuk atlet dan jurulatih terutamanya mereka yang akan menyertai Sukan Malaysia (Sukma) di Lembah Klang pada 28 Jun hingga 7 Julai ini, menurut kenyataan ISN.

Panduan lain ialah menjalankan latihan di kawasan tertutup yang mana ia merupakan langkah yang paling efektif untuk meneruskan aktiviti sukan ataupun variasikan rutin latihan suaian fizikal. Bagi jenis sukan yang memerlukan latihan luar seperti bola sepak dan hoki, pasukan itu boleh mempertimbangkan untuk menjalani latihan buat sementara waktu di luar negara yang bebas daripada masalah jerebu.

Mereka juga dinasihatkan supaya minum lebih banyak air bagi membantu mengelakkan sebarang kebarangkalian jangkitan paru-paru.

ISN mengesyorkan persatuan sukan kebangsaan atau penganjur kejohanan untuk menunda aktiviti fizikal luar bagi memastikan keselamatan dan tahap kesihatan atlet dan penonton terjamin.

ISN akan memantau dari semasa ke semasa situasi jerebu yang melanda negara ini dan akan memberikan khidmat nasihat terbaik kepada atlet dan jurulatih.

Keadaan jerebu yang semakin teruk dilaporkan di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sejak beberapa hari lalu terutamanya di Kota Tinggi, Johor kini berada pada paras berbahaya dengan bacaan IPU yang dicatat pagi tadi ialah 313 berbanding 291 semalam. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan