Hoki: Lupakan Perbalahan, Fokus Tugasan Masing-Masing - Zolkples

Diterbitkan: Rabu, 19 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong meminta barisan kejurulatihan hoki kebangsaan melupakan perbalahan yang wujud di antara mereka dan memberi fokus kepada tugas masing-masing.

Beliau berkata perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana skuad hoki kebangsaan sedang membuat persediaan bagi menghadapi separuh akhir Liga Hoki Dunia Lelaki di Johor Baharu dari 29 Jun hingga 7 Julai ini.

"Isu yang melibatkan (barisan) jurulatih hoki negara adalah tidak baik untuk sukan hoki dan di Malaysia, secara keseluruhannya.

"Menerusi perjumpaan tadi, saya minta kesemua mereka lupakan apa yang berlaku dan fokus kepada persiapan pasukan masing-masing, terutama pasukan kebangsaan dan remaja, tanpa memikirkan perkara lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup bersama beberapa wakil Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) di MSN Bukit Jalil di sini Selasa.

Turut hadir Naib Presiden Kanan MHC Datuk Nur Azmi Ahmad, Ketua jurulatih hoki kebangsaan Paul Revington, Pengarah Pembangunan Hoki 1MAS Lim Chiow Chuan dan jurulatih skuad hoki remaja kebangsaan Muhammad Dharma Raj Abdullah.

Pada Sabtu lepas, Revington menerusi satu kiriman e-mel kepada MHC membuat keputusan mengejut meletak jawatan selepas mendakwa wujud campur tangan daripada Muhammad Dharma dan Lim untuk menguruskan skuad hoki kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan MHC Manjit Majid Abdullah, yang mengadakan mesyuarat tergempar bersama anggota jawatankuasa berkenaan pada hari sama, bagaimanapun meminta jurulatih dari Afrika Selatan itu mempertimbangkan semula keputusannya.

Mengulas lanjut, Zolkples berkata keputusan berkaitan jawatan disandang Revington terletak di bawah kuasa Presiden MHC Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang dijangka kembali ke tanah air pada Rabu dari Kemboja atas urusan rasmi.

"Beliau (Revington) sebelum ini sudah bersetuju untuk kekal sehingga berakhirnya Liga Hoki Dunia, namun biarlah Presiden MHC sendiri yang menentukan jawatan berkenaan... Saya difahamkan baginda dijangka mengadakan perjumpaan dengan kesemua jurulatih hoki kebangsaan pada Khamis ini," katanya.

Sementara itu, Revington berkata semua jurulatih kebangsaan akan mengadakan perbincangan lanjut berhubung tugasan masing-masing.

"Kami semua sudah berbincang sebelum ini dalam satu mesyuarat yang berjaya dan akan bertemu lagi beberapa kali pada minggu akan datang.

"Saya akan bertemu semua pemain kebangsaan pada sesi latihan Rabu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan