20 Pasukan Sertai Jelajah 1Malaysia 2013 - Sukan Ekstra | mStar

20 Pasukan Sertai Jelajah 1Malaysia 2013

Diterbitkan: Rabu, 19 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 pasukan termasuk tiga pasukan kebangsaan dan sembilan pasukan benua akan bersaing pada perlumbaan berbasikal lebuh raya bertaraf antarabangsa, Jelajah 1Malaysia 2013 (J1M 2013), bermula Rabu depan.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, perlumbaan lima hari itu juga akan melibatkan penyertaan lima kelab serta tiga pasukan tempatan.

"Tiga pasukan kebangsaan tersebut ialah Malaysia, Singapura dan Bahrain," katanya kepada pemberita selepas menerima penajaan daripada Nestle Products Sdn Bhd serta pengumuman Milo sebagai penaja jersi Hijau (Raja Pecut) di sini, Rabu.

Naim berkata, sembilan pasukan benua ialah Terengganu Cycling Team (Malaysia), OCBC Singapore (Singapura), Matrix Powertag (Jepun) dan Huon Salmon Genesys Wealth Advisers Pro Cycling (Australia).

Selain itu, Team LBC Cycling (Filipina), CCN Cycling Team (Brunei), Team Baku Cycling Project (Azerbaijan), Polygon Sweet Nice (Ireland) dan 7 Eleven (Filipina).

Lima kelab pula ialah Putra Perjuangan Bandung dan Custom Cycling Club, masing-masing dari Indonesia serta tiga kelab tempatan iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Corbusier (Sarawak).

Manakala, tiga pasukan tempatan ialah Negeri Sembilan, Terengganu dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Perlumbaan sejauh 856km membabitkan lima peringkat itu akan bermula dari Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil ke Remba (peringkat pertama) sejauh 187.7km.

Peringkat kedua Rembau-Batu Pahat (kedua-197.6km) diikuti Batu Pahat-Pontia (94.7km), Plaza Angsana Johor Bahru-Melaka (206.3km) dan peringkat kelima dari Melaka ke Putrajaya sejauh 169.8km.

Naim berharap pelumba negara dapat mempamerkan prestasi cemerlang pada perlumbaan itu bagi melonjakkan lagi nama Malaysia di persada sukan berbasikal di rantau Asia. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan