Malaysia Tuan Rumah Kejohanan Sukan Lasak Asia 2013

Diterbitkan: Ahad, 16 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia terpilih buat kali kedua bagi menganjurkan Kejohanan Sukan Lasak Asia 2013 yang akan berlangsung selama dua hari di Kompleks Sukan Rakan Muda, Bukit Kiara, di sini pada 29 Jun ini.

Setiausaha Agung Persatuan Sukan Lasak Malaysia (MESA) Manjit Singh berkata kejohanan itu melibatkan pertandingan tiga disiplin iaitu papan selaju, 'aggresive inline' dan basikal motocross (BMX).

"Lebih 100 atlet dijangka mengambil bahagian dalam kejohanan itu...termasuk berapa atlet handalan dari negara Asia seperti Thailand, Hong Kong, Korea Selatan, Indonesia, India, dan negara Timur Tengah," katanya.

Beliau berkata sesi latihan rasmi bagi semua acara yang dipertandingkan akan diadakan pada 28 Jun bagi memberi peluang kepada peserta menyesuaikan diri dengan venue kejohanan.

Manjit, yang juga Penolong Setiausaha Asian Extreme Sports Federation (AXF) berkata, kejohanan tersebut pasti menarik ramai penonton kerana mereka bakal disajikan dengan pelbagai aksi berbahaya dan mencabar.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sukan Lasak Asia pada edisi 2005.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan