Sukma 2013: Persiapan Di Fasa Terakhir - Zolkples

Diterbitkan: Jumaat, 14 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zolkples (kiri) melancarkan laman web untuk Sukma 2013. Turut serta ialah Datuk Abdul Jalil Abdullah (kanan), yang merupakan Pengarah Bahagian Pengurusan Acara Majlis Sukan Negara (MSN) dan juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukma. Foto SAM THAM / THE STAR
Zolkples (kiri) melancarkan laman web untuk Sukma 2013. Turut serta ialah Datuk Abdul Jalil Abdullah (kanan), yang merupakan Pengarah Bahagian Pengurusan Acara Majlis Sukan Negara (MSN) dan juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukma. Foto SAM THAM / THE STAR

KUALA LUMPUR: Hanya dua minggu sahaja lagi temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2013 akan membuka tirai dan tahun ini Kuala Lumpur dipilih menjadi tuan rumah bermula 28 Jun hingga 7 Julai ini.

Segala persiapan terakhir giat dijalankan bagi memastikan perjalanan Sukma kali ke-16 ini lancar.

Kira-kira 5,000 pegawai dan atlet melibatkan 14 buah negeri bakal memenuhi venue-venue di sekitar Lembah Klang.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN),Datuk Seri Zolkples Embong berkata, persiapan kini berada di fasa terakhir sebelum acara bermula.

"Cuma sekarang pihak penganjur sibuk memastikan segala keperluan, kemudahan berada dalam keadaan sedia.

"Promosi juga tidak kurang hebat, bunting-bunting sudah mula kelihatan di Bukit Jalil, Putrajaya dan sekitar KL. Jadi kita hanya tunggu masa.

"Boleh dikatakan semua persiapan lancar dan venue-venue acara juga tidak berubah kecuali bagi acara mendayung.

"Acara tersebut akan ditukar dari Putrajaya ke Empangan Batu memandangkan kemudahan serta kelengkapan venue baru itu lebih lengkap.

"Manakala acara bola sepak pantai wanita tetap akan diteruskan walaupun tidak mencukupi jumlah minima lima pasukan.

"Hanya empat pasukan sahaja yang bertanding, tetapi kami mengambil keputusan untuk meneruskan juga kerana ingin mengetengahkan lagi sukan ini," jelasnya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pengenalan Cenderamata dan Rakan Penyiar Rasmi Sukma 2013 di Bukit Jalil, Jumaat.

Zolkples berkata, pihaknya mengucapkan penghargaan kepada Astro Arena dan RTM kerana menjadi rakan penyiar rasmi Sukma kali ini.

Sejumlah 20 jenis sukan dipertandingkan pada Sukma kali ini termasuk akuatik (polo air dan renang berirama), bina badan, bola baling, bola jaring, bola keranjang, bola sepak, bola tampar (pantai dan dewan), ekuestrian, judo, kabaddi, kriket, gimnastik dan lawan pedang.

Acara sofbol akan membuka gelanggang terlebih dahulu pada 25 Jun di Padang Universiti Putra Malaysia, Serdang sebelum upacara perasmian kejohanan pada 28 Jun di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil manakala majlis penutupan pada 7 Julai di venue sama.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan