Rauf Terlepas Peluang Raih 10 Teratas Jelajah Korea

Diterbitkan: Rabu, 12 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Muhammad Rauf Nur Misbah mempersia-siakan peluang menduduki kelompok 10 teratas pada peringkat ketiga perlumbaan Jelajah Korea 2013 (Tour de Korea) dari Gumi ke Yeongju sejauh 165.2km gara-gara masalah teknikal pada penghujung perlumbaan.

Selepas berkombinasi baik dengan seorang lagi pelumba negara yang mewakili pasukan pro-benua, Champion System Pro Cycling Team (CSS), Mohd Adiq Hussainie Othman pada 50km baki perlumbaan, Muhammad Rauf akhirnya sekadar menduduki tempat ke-18 dengan masa 4 jam 00 minit 58 saat.

Mohd Adiq Hussainie pula meraih empat posisi lebih baik daripada Muhammad Rauf juga dengan catatan masa yang serupa manakala Mohd Nor Rizuan Zainal di tempat ke-54 dengan masa 4:03:2s; Muhammad Fauzan Ahmad Lufti ke-56 (4:03:30s)dan Abdul Rashid Ibrahim ke-85 (4:06:16s).

Muhammad Rauf muncul pelumba terbaik negara pada klasifikasi individu keseluruhan dengan catatan masa 11:53:24s manakala pelumba Hong Kong, Cheung King Lok terus mempertahan jersi kuning dengan masa 11:37:50s.

Pasukan Malaysia yang dibimbing ketua jurulatih, Aminuddin Sulaiman terus kekal menghuni tempat ke-18 daripada 20 pasukan dengan masa keseluruhan 35:54:55s.

Bagaimanapun, Abdul Rashid berdepan kemungkinan bakal kempunan meneruskan kayuhan pada perlumbaan peringkat keempat dari Yeongju ke Chungju hari ini apabila mengalami kecederaan serius selepas terjatuh ketika menuruni bukit dipercayai berpunca daripada tayar basikal tergesel pelumba lain.

Begitupun, Muhammad Rauf yang merangkul pingat emas menerusi acara ujian masa individu pada Kejohanan Pra-Sukan SEA 2013 di Naypyitaw, Myanmar bulan lepas, jelas terkilan dengan kegagalannya menduduki kelompok 10 teratas.

"Pada 50km terakhir, saya banyak bekerjasama sama dengan Adiq. Sebelum ini Adiq pernah menang perlumbaan peringkat pada Jelajah Korea. Jadi saya berpendapat Adiq tahu cara bagaimana untuk menang. "Jadi kami congak mencari jalan menang perlumbaan semalam. Segala-galanya berjalan dengan baik sehinggalah kira-kira lima kilometer terakhir apabila saya merasakan ada sesuatu yang tak kena pada basikal saya.

"Bagaimanapun saya teruskan kayuhan kerana bimbang kalau saya berhenti biarpun untuk sekadar 15 saat, saya percaya tak akan mampu untuk kembali ke kelompok berkenaan. "Kalau tak kerana masalah teknikal, saya percaya boleh dapat masuk kelompok 10 teratas. Apa pun, saya gembira kerana pelumba kebangsaan Malaysia mampu teruskan kayuhan berkualiti untuk hari kedua berturut-turut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, pengurus pasukan, Norazman Abu Samah menjelaskan Abd Rashid disahkan boleh meneruskan kayuhan selepas menerima rawatan daripada hospital berdekatan. "Biarpun agak kritikal, namun doktor menjelaskan Abdul Rashid boleh berkayuh. Ini adalah satu berita baik untuk pasukan kebangsaan Malaysia," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan