Berbasikal: Beasley Kagum Prestasi Penunggang Muda

Diterbitkan: Rabu, 12 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Prestasi h ebat Muhammad Firdaus Mohd Zonis dan penunggang pelapis lain pada Grand Prix Trek Asia Tenggara kedua yang baru saja berakhir di sini, menarik perhatian jurulatih kebangsaan John Beasley.

"Saya sungguh teruja apabila melihat prestasi mereka begitu meningkat. Saya berharap para penunggang muda ini akan dapat menyertai skuad senior beberapa tahun lagi," kata Beasley, sambil merujuk secara khusus kepada pencapaian Muhammad Firdaus.

Muhammad Firdaus, 16, menang empat pingat emas melalui empat acara dalam siri kedua kejohanan itu, yang bermula Sabtu lepas dan pada siri pertama kejohanan serupa, penunggang muda ini meraih tiga pingat emas dan satu perak.

Pada Mac, Muhammad Firdaus menang tiga pingat emas dan satu perak pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di New Delhi, India.

Beasley berkata dalam tempoh hanya beberapa bulan, Muhammad Firdaus mempamerkan kemajuan besar setelah mencatat pencapaian cemerlang pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC).

Mengenai penunggang elit, Beasley berkata beliau amat gembira dengan prestasi Mohd Azizulhasni Awang dan Josiah Ng pada kejohanan itu yang berlangsung di sebuah velodrom terbuka kerana kedua-dua mereka lebih biasa dengan trek tertutup.

"Azizul (Azizulhasni) sudah sembuh sepenuhnya daripada kecederaan dan akan kembali dengan lebih cergas. Mereka akan berlumba pada Kejohanan Terbuka Kebangsaan (bermula esok), tapi ini bukan kejohanan besar bagi mereka. Cabaran sebenar ialah pada GP Jerman minggu depan," katanya. Kejohanan Trek Kebangsaan akan berlangsung selama empat hari di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras.

Beasley berkata walaupun tiada sasaran ditetapkan bagi dua pelumba ini pada Grand Prix Jerman, namun beliau berharap mereka akan mencapai kemenangan.

"Saya akan buat penilaian tentang pencapaian mereka pada GP Jerman, tapi keutamaan kami ialah Kejohanan Dunia (Kejohanan Trek Dunia UCI) di Cali, Colombia, tahun depan (26 Feb hingga 2 Mac 2014)," katanya.

Beasley juga, yang berpuas hati dengan prestasi Fatehah Mustapa, berkata "prestasi penunggang wanita itu meningkat dengan begitu ketara selepas Olimpik."

"Selepas Olimpik, kami berbincang tentang masa depannya, sama ada dia ingin bersara atau terus berlumba. Kami bertuah kerana dia mengambil keputusan untuk terus berlumba dan cuba memenangi pingat di Olimpik.

"Saya amat berbangga dengannya. Dia memiliki sikap yang baik dan tekun menjalani latihan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan