T. Kumar Cabar Kok Chi Bagi Jawatan Setiausaha Kehormat MOM

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Sieh Kok Chi, yang memegang jawatan setiausaha kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sejak 21 tahun lepas, dicabar penolong setiausahanya, T.Kumar pada pemilihan jawatan bagi penggal 2013-2015 yang akan diadakan pada 22 Jun ini.

Kumar, bekas setiausaha agung Persatuan Taekwondo Malaysia berkata beliau sebenarnya tidak berniat mencabar Sieh memandangkan keputusan itu dibuat selepas Sieh mengumumkan untuk bersara pada awal tahun ini.

"Selepas menawarkan diri untuk bertanding saya tidak sangka beliau (Sieh) ingin terus pertahankan jawatan sebagai setiausaha kehormat MOM bagi penggal berikutnya," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Kumar berkata beliau mendapat dorongan daripada kawan-kawan dari Persekutuan Karate Malaysia dan Persekutuan Bola Baling Malaysia yang mencalonkan nama beliau untuk bertanding merebut jawatan itu hari ini.

"Saya menerima percalonan dengan hati terbuka dan saya fikir mampu membawa perubahan serta kelainan kepada corak pentadbiran baharu MOM, namun semuanya bergantung kepada hari pemilihan 22 Jun ini," katanya.

Kumar berkata 35 anggota gabungan MOM boleh memilih beliau jika inginkan angin perubahan dan jika tidak, mereka boleh kekal setia kepada pentadbiran lama.

Sementara itu, Sieh berkata beliau akan terus mempertahankan jawatannya sebagai setiausaha kehormat yang disandangnya sejak 1992.

"Saya telah melakukan tugas dengan baik dan saya berjaya membuktikannya... lagipun saya telah memberi sepenuh tumpuan kepada tugas selepas bersara sebagai penjawat awam," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan