PLBNS Mahu Velodrom Tertutup Kelas Satu Dinina Di Nilai

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS) meminta pihak berkaitan menimbang semula keputusan membina velodrom tertutup kelas satu di Cheras dan bukan di Nilai, Negeri Sembilan.

Presidennya Datuk Jamlus Abd Aziz berkata ini kerana perkara itu sudah diputuskan dalam Belanjawan 2013 yang memperuntukkan RM30 juta bagi tujuan berkenaan.

"Mengapa perlu diubah setelah keputusan dibuat untuk membina sebuah velodrom tertutup di Nilai? Lagipun kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan sebuah kawasan yang sesuai untuk tujuan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad semalam, bahawa hanya satu velodrom tertutup kelas satu akan dibina Cheras.

Naim dilapor berkata perkara itu diputuskan pada perbincangan antara Kementerian Belia dan Sukan serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Mengulas lanjut, Jamlus berkata pembinaan velodrom itu di Nilai akan merancakkan lagi pembangunan di kawasan pinggir bandar, tambahan pula terdapat banyak kemudahan sukan di kawasan ibu negara termasuk Cheras pada masa ini.

"Selain itu, Negeri Sembilan juga mempunyai ramai pelumba basikal yang berbakat dan sudah semestinyalah kerajaan perlu memikirkan juga kemajuan sukan itu di peringkat negeri.

"Oleh itu, kami berharap kerajaan dapat pertimbangkan cadangan asal untuk membina satu velodrom tertutup kelas satu di Nilai," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan