Melaka Anjur Kejohanan Renang Junior Kebangsaan Sabtu Ini

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Persatuan Renang Amatur Melaka akan menganjurkan Kejohanan Renang Junior Kebangsaan, sirkit kedua selama dua hari bermula Sabtu ini di Pusat Akuatik Hang Jebat di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pembangunan Sukan negeri Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata kejohanan itu akan disertai 813 atlet dari 34 kelab renang seluruh negara.

"Kejohanan seperti ini perlu digalakkan dan dibantu sepenuhnya oleh kerajaan negeri kerana ia menyumbang kepada ekonomi Melaka dan menaikkan nama negeri ini melalui pelancongan sukan," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Katanya kejohanan itu turut mendapat tajaan Yayasan Kecemerlangan Sukan Negara (SportExcel), Milo, Arena dan Carino.

Sirkit pertama kejohanan itu diadakan di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam, Selangor dari 11 hingga 12 Mei lepas.

Pada perkembangan lain, beliau turut mengumumkan Kesatuan Renang Amatur Malaysia, sekali lagi memberi kepercayaan kepada Melaka untuk menganjurkan Piala Presiden 2013 di negeri ini.

"Pertandingan yang berlangsung November depan dijangka menarik lebih banyak penyertaan iaitu membabitkan 1,200 atlet," katanya.

Turut hadir pada taklimat itu Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka Ismail Abdol Jalil dan Presiden Persatuan Renang Amatur Melaka Nawawi Reduan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan