Malaysia Kalah Kepada Afrika Selatan Dalam Perlawanan Pertama Siri Ujian

Diterbitkan: Sabtu, 8 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki kebangsaan kalah 1-2 kepada Afrika Selatan pada perlawanan pertama daripada siri empat ujian di North West Hockey Centre di Potchefstroom, Afrika pada Khamis.

Siri ini adalah sebahagian daripada rancangan ketua jurulatih Paul Revington untuk mempersiapkan anak buahnya menghadapi separuh akhir Liga Dunia di Johor Baharu dari 29 Jun hingga 7 Julai ini.

Pada perlawanan itu, Malaysia mendahului kedudukan melalui gol jaringan Muhammad Marhan pada minit ke-35, demikian dilaporkan akaun twitter rasmi Afrika Selatan www.twitter.com/SA_Hockey.

Bagaimanapun, tuan rumah menyamakan kedudukan hasil jaringan melalui pukulan sudut penalti oleh Wade Paton pada pertengahan separuh masa kedua, sebelum adiknya Taine menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir perlawanan untuk menghadiahkan kemenangan pertama kepada pasukan bimbingan jurulatih Charlie Pereira itu.

Perlawanan ujian kedua dan ketiga akan diadakan di venue sama pada Sabtu dan Ahad ini manakala ujian terakhir akan berlangsung di Randburg, Afrika Selatan pada Selasa.

Kedua-dua pasukan diundi bermain dalam Kumpulan B Liga Dunia itu di Johor Baharu bersama England dan Pakistan, manakala gergasi hoki Asia Korea Selatan diletakkan dalam Kumpulan A bersama Jerman, Argentina dan Jepun.

Belanda menjadi tuan rumah pusingan pertama perlawanan separuh akhir kejohanan ini dari 13 hingga 23 Jun di Rotterdam, yang akan mempertemukan lapan negara India, Ireland, New Zealand, Australia, Belgium, Sepanyol dan Perancis, selain tuan rumah.

Empat pasukan teratas daripada setiap perlawanan separuh akhir akan melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 di India pada Februari tahun depan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan