Sukma 2013: Pahang Bawa 264 Atlet Ke Kuala Lumpur

Diterbitkan: Khamis, 6 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pahang akan membawa seramai 264 atlet bagi mewakili kontinjen negeri itu pada kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 di Kuala Lumpur yang berlangsung dari 28 Jun hingga 7 Julai depan.

Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP) Datuk Nik Nasaruddin Mohd Zawawi berkata negeri itu hanya akan menyertai 16 daripada 20 acara yang dipertanding.

"Daripada 16 acara itu, penglibatan atlet lelaki seramai 154 orang manakala atlet wanita seramai 110 orang, dan untuk itu, MSP tidak mahu meletakkan sasaran tinggi memandangkan SUKMA kali ini berbeza jika dibandingkan dengan penganjuran Sukma Pahang, yang lebih kepada acara berpasukan," katanya kepada pemberita pada Rabu

Bagaimanapun, beliau yakin kontinjen Tok Gajah mampu melepasi kutipan pingat satu emas yang dibuat pada kejohanan sama di ibu negara pada 2011.

Katanya, antara sukan yang dilihat berpotensi tinggi menyumbang pingat untuk Pahang ialah woodball, bina badan, mendayung dan ekuestrian.

Pada 2011, Pahang sekadar meraih satu emas, 11 perak dan tujuh gangsa.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan