Pemilihan Pesuruhjaya Sukan Di Peringkat Akhir Penilaian - Khairy

Diterbitkan: Rabu, 5 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (kanan) menyentuh skrem SVT tujuan kajian tindakbalas melalui tangan dan mata bagi seseorang atlet di bilik ujian komposisi tubuh ISN semasa melakukan lawatan kerja ke Institut Sukan Negara (ISN) di  Kuala Lumpur pada Selasa. Turut hadir timbalannya Datuk M. Saravanan. -Foto BERNAMA
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (kanan) menyentuh skrem SVT tujuan kajian tindakbalas melalui tangan dan mata bagi seseorang atlet di bilik ujian komposisi tubuh ISN semasa melakukan lawatan kerja ke Institut Sukan Negara (ISN) di Kuala Lumpur pada Selasa. Turut hadir timbalannya Datuk M. Saravanan. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemilihan Pesuruhjaya Sukan yang baharu kini di peringkat penilaian akhir dan pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata terdapat dua calon dalam pemerhatian pihak kementerian untuk jawatan itu.

Bagaimanapun, Khairy enggan mendedahkan nama kedua-dua calon.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Institut Sukan Negara di Bukit Jalil pada Selasa, sebelum ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS).

Jawatan Pesuruhjaya Sukan sebelum ini disandang Datuk Mohd Yasin Mohd Salleh selama dua tahun mulai 2010 dan tamat kontrak pada April lepas.

Timbalan Pesuruhjaya Sukan Tuan Abdul Rahim Tuan Bahru, ketika ditemui, enggan mengulas lanjut calon yang disenarai pendek bagi jawatan berkenaan dan menyerahkan perkara itu kepada kementerian untuk membuat keputusan.

"Pertemuan menteri hari ini di PPS hanya program lawatan kerja dan berjumpa dengan petugas PPS sahaja," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan