Atlet Muda Perlu Bijak Pilih Sukan - Zolkples

Diterbitkan: Rabu, 5 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet muda negara perlu bijak membuat pilihan dalam menentukan negeri atau pasukan mana yang ingin diwakili, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong.

Beliau berkata demikian ketika menyuarakan kebimbangan berikutan terdapat perebutan di kalangan negeri bagi mendapatkan atlet muda, terutama ketika menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma).

"Masalah ini sudahpun berkurangan namun masih lagi berlaku. Ini kerana ada sesetengah atlet yang ditaja serta ditawarkan habuan lebih lumayan untuk menyertai negeri tertentu.

"Atlet tersebut telah dilarang untuk menyertai Sukma kali ini supaya tidak wujud elemen penipuan dan kami tidak menggalakkan para atlet mengambil peluang mencari keuntungan," katanya kepada pemberita selepas majlis undian 11 acara sukan berpasukan bagi temasya Sukma ke-16 di MSN, Bukit Jalil pada Selasa.

Mengulas lanjut, Zolkples berkata bagi temasya kali ini, isu lima daripada sembilan atlet yang terlibat sudah selesai manakala empat lagi akan dibincang pada 11 Jun.

Beliau berkata masalah ini memang tidak dapat dielak kerana ada antara negeri yang menyertai Sukma ke-16 menawarkan peluang lebih bagus kepada atlet.

Sementara itu, tuan rumah Sukma ke-16 Kuala Lumpur menjadi pasukan pilihan bagi tujuh daripada 11 acara berpasukan iaitu futsal, kriket, bola jaring, kabaddi, bola keranjang, ragbi dan ping pong dalam undian hari ini.

Zolkples memulakan undian bagi acara ping pong pada majlis yang dihadiri semua pasukan yang mengambil bahagian dalam temasya dari 28 Jun hingga 7 Julai ini.

Sukma ke-16 menawarkan 132 pingat emas dan perak serta 206 gangsa bagi 23 acara, termasuk tiga sukan baharu iaitu bola sepak pantai, woodball dan muay thai.

Majlis pembukaan dan penutup temasya, yang dijangka disertai seramai 6,790 atlet dan pengawai itu akan berlangsung di Stadium Mini, MSN Bukit Jalil.

Mengulas kelantangan Menteri Belia dan Sukan yang baharu Khairy Jamaluddin dalam menyuarakan pendapatnya berhubung sukan negara, Zolkples berkata ia satu perkembangan positif dalam pembangunan sukan di negara ini.

Beliau berkata komen Khairy adalah berdasarkan rasa tanggungjawabnya sebagai seorang menteri.

"Kita semua mahu lihat bola sepak negara terus maju, dan komen yang diberikan Khairy adalah berpatutan dengan situasi yang mana persatuan itu telah gagal menjamin keselamatan pada perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Selasa lepas," katanya.

Khairy sebelum ini mempertikai keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lepas.

Zolkples berkata meskipun semua orang boleh memberi komen, apa yang disuarakan perlu berbentuk pandangan yang mampu memberi impak positif dan lebih baik kepada sukan negara. "Jika ada dinyatakan kelemahan, kita perlu menerima dan cuba berubah," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan