Tiada Toleransi Dengan Atlet Dikaitkan Dengan Dadah - Khairy

Diterbitkan: Selasa, 4 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara tidak akan bertoleransi dengan atlet tempatan yang dikaitkan dengan penggunaan dadah terlarang, kata menterinya, Khairy Jamaluddin.

"Jika kita dapati mana-mana atlet gagal hadir untuk ujian dadah dan mereka menerima hukuman, kita tidak akan bersimpati dengan mereka kerana ini perkara sangat serius. "Kementerian dan MSN sentiasa berpegang kepada dasar toleransi sifar mengenai isu doping ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Institut Sukan Negara di sini Selasa. Beliau mengulas hukuman Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Lausanne, Switzerland yang dikenakan terhadap seorang jurulatih dan enam atlet Malaysia susulan kes penggunaan dadah terlarang. "Pengalaman seperti ini harus menjadi pengajaran kerana penggunaan dadah (perlu dilihat secara) serius," kata Khairy.

Sebelum ini, Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) mengheret Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) ke CAS selepas badan induk olahraga negara itu hanya memberi amaran keras kepada enam atlet berkenaan.

Pihak CAS bagaimanapun memutuskan penggantungan khidmat selama 10 tahun terhadap bekas jurulatih olahraga kebangsaan, Harun Rasheed, bermula 12 September 2011.

Harun didapati bersalah mengarahkan enam pelari pecut negara untuk mengelak daripada memberi sampel air kencing mereka kepada ISN pada Mei 2011.

Lima atlet iaitu Norjannah Hafiszah Jamaludin, Nurul Sarah Abdul Kadir, Mohamad Noor Imran Hadi, Siti Zubaidah Adabi dan Yee Yi Ling masing-masing dikenakan hukuman penggantungan dua tahun berkuat kuasa 24 Mei lepas.

Seorang lagi atlet, Siti Fatimah Mohamad yang menjadi saksi dan menunjukkan bahan bukti mengenai kes itu digantung 18 bulan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan