Sukan Sea 2013: Acara Lebuh Raya Berdepan Masalah Besar

Diterbitkan: Sabtu, 1 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Masa depan acara lepas beramai-ramai elit lelaki dan wanita untuk disenarai pada temasya dwitahunan Sukan Sea 2013 di Naypyitaw, Myanmar kini jadi tanya terbesar rentetan tindakan Jawatankuasa Teknikal Bagi Acara Basikal memberi kelulusan bersyarat kepada penganjur, Persekutuan Berbasikal Myanmar (MCF).

Jawatankuasa tersebut sudah pun memeriksa laluan tersebut selama lima hari bermula 19 Mei lalu dan dilaporkan begitu resah dengan faktor keselamatan pelumba rentetan jalan menuruni kawasan gunung sejauh 21 kilometer menuju ke garisan penamat dikatakan sangat berliku.

Cadangan laluan bagi acara lepas beramai-ramai elit lelaki serta wanita melibatkan pendakian dua kawasan pergunungan setinggi di antara 1,100 dan 1250 meter dan diikuti kawasan menurun yang sangat berliku sejauh 21 kilometer menuju ke garisan penamat.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Bagi Acara Basikal Sukan Sea 2013, Datuk Abu Samah Abd Wahab menjelaskan pihaknya akan menghantar laporan lengkap kepada Persekutuan Berbasikal Asia (ACC) sebelum perlumbaan tersebut didaftar sebagai sebuah kejohanan berdaftar dengan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

“Ada terlalu banyak faktor teknikal yang perlu dititikberat dan diatasi. Keresahan pertama adalah melibatkan laluan mendaki yang sangat sempit dan kecil. Ia menyukarkan kenderaan pasukan yang bertanding untuk memintas dan membantu pelumba yang mengalami masalah teknikal seperti tayar bocor.

“Laluan menurun sangat jauh iaitu 21 kilometer. Di tepian laluan menurun yang berliku itu adalah tebing jurang yang sangat ngeri.

"Pelumba pasti terjunam beratus meter rentetan tiada penghadang jalan di sepanjang laluan yang dicadangkan oleh MCF.

“Itu belum lagi mengambil kira faktor VVIP atau orang kenamaan yang mahu menghadiri majlis penyampaian hadiah.

"Saya perhatikan memang tiada cara untuk mereka memintas. Mereka hanya boleh ke sana dengan menaiki helikopter. Namun Myanmar member jaminan akan menyediakan dua buah helikopter,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Abu Samah yang juga Naib Presiden ACC menegaskan bahawa beliau sudah pun berbincang secara lisan dengan Setiausaha Agung ACC, Choi Boo Wong dan keputusan muktamad adalah meminta MCF memberi pengakuan bertulis bahawa ia akan mengatasi dan memperbaiki semua cadangan bersyarat dikemukakan jawatankuasa tersebut.

“Mereka mesti mematuhi semua syarat ditetapkan kerana ia adalah sebuah perlumbaan yang berdaftar dengan UCI.

"Setakat ini saya selaku Pengerusi hanya memberikan kelulusan bersyarat kepada MCF,” katanya.

Secara dasar, jawatankuasa tersebut turut meminta MCF mengemukakan laluan cadangan kedua melibatkan kawasan di sekitar Naypyitaw namun dipercayai laluan asal dilakar serta direstui pihak pemerintah Myanmar.

“Saya cadangkan supaya mereka gunakan laluan ITT (ujian masa individu) atau TTT (ujian masa berpasukan) yang diadakan di sekitar Naypyitaw.

"Ia lebih menarik dan tidak berbahaya. Saya tegaskan bahawa jawatankuasa tidak boleh berkompromi dalam faktor keselamatan pelumba,” katanya.

Abu Samah yang juga Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) menegaskan bahawa jawatankuasa tersebut akan terbang ke Naypyitaw sekurang-kurangnya dua kali lagi sebelum memberi kelulusan kepada MCF.

“Bagaimanapun saya puji sikap MCF yang memberikan kerjasama jitu. Mereka sangat komited dan bersedia terima setiap teguran jawatankuasa.

"Tetapi soalnya adakah mereka sempat untuk memperbaiki jalan yang sempit dan membina penghadang jalan bagi mengelak pelumba terjatuh ke dalam gaung,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan