Lumba Basikal: Anuar Manan Mahu Kembali Ke Skuad Sukan Sea 2013

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba profesional Anuar Manan bertekad untuk merebut kembali tempat dalam skuad lebuh raya kebangsaan selepas diketepikan hampir tiga tahun berikutan masalah disiplin dan prestasi yang tidak menentu.

Pakar pecut berusia 26 tahun itu berkata dia gembira dengan keputusan Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PBKM) mempelawanya dan semua pelumba negara dan profesional menyertai sesi pemilihan skuad negara ke Sukan SEA 2013 Myanmar, Disember ini.

PKBM dijangka mengadakan sesi pemilihan pada Oktober ini.

Anuar, yang kini mewakili pasukan benua Synergy Baku Cycling Project, kali terakhir menyarung jersi kebangsaan pada Kejohanan Asia (ACC) di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 2010.

"Saya rasa tiada masalah untuk bersaing dengan pelumba lain yang hebat dan berpengalaman dan peluang yang diberikan oleh PKBM akan digunakan sebaik mungkin untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan," katanya.

Anuar berkata, dia masih dibelenggu kecederaan tulang belakang selepas terjatuh ketika menjalani sesi latihan bersendirian di Bukit Fraser, Pahang, bulan lepas.

"Walaupun kecederaan ini dijangka mengambil masa antara empat sehingga enam minggu (untuk pulih), namun sekiranya saya terpilih ke Sukan SEA nanti, saya yakin dapat menghadiahkan sekurang-kurangnya sebutir pingat kepada negara," katanya.

Pencapaian terbaik skuad berbasikal lebuh raya negara pada Sukan SEA ialah menerusi edisi 1973 di Singapura dengan lima pingat emas, enam perak dan satu gangsa.

Dalam perkembangan lain, Anuar mendedahkan bahawa akan menamatkan zaman bujangnya selewat-lewatnya tahun hadapan bersama pilihan hati, Maizurah Kamal yang dikenalinya sewaktu menyertai perlumbaan kriterium pada perlumbaan Jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) di Dataran Merdeka, dua tahun lepas.

Katanya, beliau mengenali Maizurah yang berasal dari Ampang, Selangor selepas diperkenalkan oleh abang ipar wanita berkenaan yang turut bergiat aktif dalam sukan berbasikal.

"Saya memang merancang untuk menamatkan zaman bujang tahun ini namun disebabkan saya terikat dengan jadual perlumbaan bersama pasukan benua yang diwakili saya ketika, maka hajat untuk berkahwin terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu," katanya.

Untuk rekod, pelumba kelahiran Kuala Ibai, Terengganu itu pernah melakar sejarah selaku pelumba Malaysia pertama menyarung jersi Hijau selaku Raja Pecut pada Le Tour de Langkawi 2010.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan