Kevin Marques Mendahului Di Pusingan Kedua MAO

Diterbitkan: Sabtu, 25 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kevin Marques dari Australia mendahului pusingan kedua Kejohanan Golf Terbuka Amatur Malaysia ke-111 apabila mencatat jumlah keseluruhan lapan bawah par 134 di Kelab Golf Diraja Pahang.

Beliau diikuti rapat rakan sepasukannya, Taylor MacDonald pada hari kedua kejohanan yang membuat pukulan keseluruhan tujuh bawah par 135.

Marques menamatkan pusingan kedua dengan lima bawah par 66.

Beliau yang bermain dengan baik, melakukan empat birdie sepanjang permainan hari ini. MacDonald pula membuat pukulan empat bawah par 67 hari ini untuk berada di tempat kedua. Sementara itu, pemain Malaysia Albright Chong di tempat ketiga apabila mencatat enam bawah par 136 secara keseluruhan. Sejumlah 62 pemain membuat pukulan di bawah 13 atas par 155, dan 27 daripada 42 pemain tempatan mara ke pusingan ketiga pada Sabtu.

Keputusan 10 Teratas

Kevin Marques (Australia)68, 66 - 134

Taylor MacDonald (Australia)68, 67 - 135

Albright Chong (Malaysia)69, 67 - 136

Nicklaus Chiam (Singapura)68, 70 - 138

Jerome Ng (Singapura) 72, 66 - 138

Poom Saksansin (Thailand)69, 70 - 139

Christopher Robert Brown (Australia)70, 69 - 139

Thaznim Hamdan (Malaysia)70, 70 - 140

Chanachok Dejpiratanamongkol (Thailand) 70, 70 - 140

Abel Tam (Malaysia)71, 69 - 140 -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan