Indonesia Beri Tentangan Paling Sengit - Li Yongbo

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih China Li Yongbo tidak sedikit pun terlintas dalam fikirannya untuk melihat anak buhanya hampir diaibkan oleh Indonesia pada saingan suku akhir Piala Sudirman di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini malam Khamis.

China terpaksa berhempas pulas sebelum beregu wanita Yu Yang dan Wang Xiaoli menjadi penyelamat maruah pasukan badminton gergasi dunia itu apabila menyumbang mata kemenangan 3-2.

"Saya tidak menjangka Indonesia akan memberi saingan sengit kali ini memandangkan mereka menurunkan barisan pemain yang lebih muda daripada kami," katanya selepas perlawanan itu.

Mengenai barisan pemain yang bakal menentang Denmark pada separuh akhir Sabtu ini, Yongbo berkata mereka perlu menilai dan meneliti prestasi malam ini sebelum menyenaraikan pemain terbaik.

Denmark mara ke separuh akhir selepas menjinakkan Taiwan 3-0 dalam satu lagi pertemuan suku akhir.

Sementara itu, Presiden Jawatankuasa Olimpik Indonesia, Anton Subowo berkata beliau tetap berpuashati dengan aksi pemain walaupun mereka gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir.

"Sasaran kita hanyalah peringkat suku akhir dan kita bangga sudah mencapai sasaran sebagaimana yang kita sasarkan...saya bangga dengan keyakinan tinggi yang ada pada para pemain," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan