Kelly Tan Dahului Pusingan Pertama Amatur Terbuka Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain golf amatur terkemuka negara, Kelly Tan mengenepikn cabaran pemain Filipina, Cyna Rodriquez untuk mendahului pusingan pembukaan kejohanan Terbuka Amatur Wanita Malaysia (MLAO) ke-30 di Kuala Lumpur Golf and Country Club di Bukit Kiara di sini Selasa.

Pemain yang berusia 19 tahun ini melakukan empat bawah par 67 dengan lapan birdie dan empat bogey untuk mendahului dengan dua pukulan.

"Ia permulaan yang positif. Tahun lalu saya terikat dengan tiga bawah 69 di di permulaan. Memiliki kelebihan dua pukulan untuk ke pusingan kedua adalah lebih baik. "Lapan birdie di sebarang pusingan adalah baik tetapi saya memerlukan tempo untuk membuat tee dengan betul kerana lapangan agak panjang," kata Kelly.

Juara remaja kebangsaan Filipina, Princess Mary Superal dan rakan sepasukan Pauline del Rosario berkongsi tempat ketiga dengan membuat pukulan sama satu bawah 70.

Pemain kebangsaan negara Michelle Koh membuat 71 pukulan.

Pendahulu pusingan pertama.

67 - Kelly Tan (MAS)

69 - Cyna Rodriquez (PHI)

70 - Princess Mary Superal (PHI), Pauline Del Rosario (PHI)

71 - Michelle Koh (MAS)

72 - Parinda Phokan (THA), Pannarat Thanapolboonyaras (THA)

73 - Suthavee Chanachai (THA), Ashley Ona (AUS), Koh Sock Hwee (SIN), Genevieve Ling I-Rynn (MAS).

-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan